SKOS dipilih jadi sekolah angkat PKL

KUALA SUNGAI BARU 25 Sept – Sekolah Kebangsaan Othman Shawal (SKOS) dipilih sebagai sekolah angkat oleh Pembangunan Kuala Linggi (PKL) Sdn Bhd, baru-baru ini.

Pengerusi PKL, Abu Hussin Thamby berkata, pemilihan itu bagi membantu SKOS menjadi sebuah sekolah luar bandar yang mampu bersaing dengan sekolah lain.

“Ini termasuklah seiring dengan sekolah-sekolah lain sama ada di peringkat daerah, negeri atau kebangsaan.

“Untuk permulaan, kita beri tumpuan kepada usaha menceriakan sekitar kawasan sekolah bagi meningkatkan motivasi murid ke sekolah,” katanya.

Abu Hussin menyeru supaya nilai toleransi antara kaum diperkukuhkan dengan membina jaringan dan jalinan menerusi aktiviti sukan dan sebagainya.

Hadir sama, Pegawai Khas Penyelaras DUN Kuala Linggi, Mohammad Azlan Wahid dan Guru Besar SKOS, Normah Awal.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Liana binti Sahabudin

Leave a Comment
Share
Published by
Liana binti Sahabudin

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago