SK Air Baruk bawa pulang 4 pingat pertandingan lompat tali kebangsaan

KONTINJEN Negeri Melaka berjaya membawa pulang satu pingat emas dan enam pingat Perak dalam Pertandingan Lompat Tali Prestasi Tinggi peringkat kebangsaan baru-baru ini.

Pertandingan yang berlangsung pada 22 dan 23 Jun lalu itu diadakan di Intitusi Pendidikan Guru (IPG) Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Air Baruk, Nizam Aziz, berkata, daripada jmlah kutipan pingat itu, SK Air Baruk menyumbang 4 pingat perak bagi negeri Melaka.

Menurutnya, walaupun hanya mendapat pingat perak tetapi ia satu pencapaian baik.

“Kemenangan mereka secara tidak langsung berjaya membuktikan sekolah luar bandar juga mampu bersaing jika berusaha dan yakin dengan kebolehan diri sendiri.

“Saya harap selepas ini kami akan meningkatkan latihan untuk menyahut cabaran pada tahun hadapan sekali gus memenangi pingat emas dalam pertandingan ini,” katanya kepada MelakaKini.

Kontinjen Melaka diketuai Nazliza Abu Samah.

Turut serta Guru Jurulatih SK Air Baruk, Sheikh Mohd Shamil dan Gobindaran.

Pertandingan anjuran Persekutuan Lompat Tali Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan Jabatan Belia Dan Sukan Wilayah Persekutuan.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini
Tags: sukan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

3 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

3 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

3 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

3 months ago