Categories: BeliaEkonomiMELAKA

Sistem bayaran tanpa tunai buat pengunjung Bazar Melaka Kota Tun Fatimah

AYER KEROH 13 Sept. – Sistem bayaran tanpa tunai turut dijalankan di Bazar Melaka Kota Tun Fatimah sekali gus memudahkan sistem jual beli di bazar berkenaan.

Penganjur Bahagian Pemasaran dan Media bazar berkenaan, Shahrezza Abd. Karim berkata, penggunaan sistem ‘QR Pay’ oleh dua syarikat iaitu Maybank dan Touch’n Go telah digunakan di bazar itu sejak operasi pembukaannya baru-baru ini.

Katanya, melalui sistem itu pengguna boleh memuat turun aplikasi sama ada daripada Maybank atau Touch ‘n Go bagi membuat bayaran transaksi tanpa tunai di bazar terbabit.

“Sistem yang digunakan ini sangat memudahkan orang ramai malah rata-rata peniaga di kawasan ini telah berdaftar dengan syarikat ini bagi sistem jual beli mereka.

“Setiap gerai yang berdaftar akan diberikan logo kod respons segera (QR Code) dan pelanggan yang ingin membayar hanya perlu mengimbas dengan telefon pintar mereka menggunakan aplikasi tersebut,” katanya ketika ditemui MelakaKini.

Dalam pada itu, bazar yang beroperasi hampir tiga minggu itu semakin didatangi pengunjung serata negeri ini.

Menurut Shahrezza lagi, pihaknya komited dalam mempromosikan bazar itu melalui pelbagai medium termasuk siaran media cetak, elektronik dan atas talian bagi menarik pengunjung ke kawasan itu.

“Kita harap orang ramai turut bersama-sama menularkan operasi Bazar Melaka Kota Tun Fatimah di media sosial agar dapat menarik lebih ramai pengunjung datang ke sini.

“Perkara ini seharusnya disokong bagi bersama-sama membantu memartabatkan golongan wanita dengan peluang yang ada hasil inisiatif daripada kerajaan negeri.

“Jika ianya telah disebar luas, kita sasarkan lebih 3,000 pengunjung akan datang ke sini dalam sesebuah masa,” katanya.

Bazar Melaka Kota Tun Fatimah yang beroperasi setiap Jumaat sehingga Ahad dari jam 5 petang sehingga 1 pagi menawarkan pelbagai jualan serta aktiviti menarik seiring mempromosikan Tahun Melawat Melaka 2019.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Faiz Hasan

Leave a Comment
Share
Published by
Faiz Hasan
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

4 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

4 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

4 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

4 months ago