‘Simic mahal sangat’ – MUSA

PRESIDEN Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Damian Yeo Shen Li mengakui pihaknya ada membuat rundingan untuk membawa masuk bekas pemain importnya, Marco Simic, yang cemerlang bersama skuad Persija Jakarta, musim ini.

Namun akibat harga kontrak semusim yang dipintanya terlalu tinggi, ketika MUSA sedang mengikat perut, ia terpaksa dibatalkan selepas perbincangan mengenainya tidak menemui sebarang persetujuan.

“Saya amat berminat mendapatkan khidmat Simic, tetapi harganya terlalu tinggi, yang mana ia mampu menampung kos tiga pemain tempatan atau dua pemain import.

“Sebab itu, kita mendapatkan pilihan alternatif dan membawa masuk Uche Agba dan Deshorn Brown,” katanya dihubungi.

Simic merupakan pemain kelahiran Croatia yang dibawa masuk Melaka United (MU) pada 2017 selepas digugurkan Negeri Sembilan dan telah meledakkan 12 jaringan peribadi ketika bersama Sang Kancil.

Kontrak pemain berusia 31 tahun itu yang bermain di posisi serangan itu, bagaimanapun tidak disambung MU pada 2018.

Terdahulu, MU menandatangani bekas penyerang import The Cops, Agba yang diwakili ejennya semalam.

Diikuti bekas pemain OKC Energy FC, Brown yang turut diwakili ejennya, minggu ini.

Mengulas lanjut, Shen Li berkata, MU akan mengadakan perlawanan empat penjuru bersama pasukan bola sepak dari Thailand, Singapura dan Indonesia pada aksi pra-musim sebagai persiapan menjelang musim 2020, yang dijangka bermula awal Disember depan.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago