Categories: Aduan RakyatMELAKA

Siapa kawal harga makanan food truck?

BANDARAYA MELAKA, 19 Jun – Perniagaan trak makanan atau ‘food truck’ semakin popular dalam kalangan usahawan baharu di negeri ini yang merupakan salah satu aktiviti perniagaan yang semakin digemari masyarakat ketika ini serta turut mendapat permintaan tinggi daripada pengguna kerana menyediakan konsep mudah, bersih dan murah.

Bagi menjayakan usaha tersebut, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) memilih Unit Penswastaan Melaka Mall untuk melaksanakan sistem penjualan makanan dari atas trak atau food truck bagi memberi lebih banyak pilihan kepada orang ramai terutamanya pada waktu malam.

Bagi memastikan trend perniagaan ini berkembang di kawasan MPHTJ, pihaknya memberi peluang kepada 15 pengusaha food truck untuk berniaga di lokasi pusat belah belah tersebut dalam usaha menyambut baik saranan kerajaan negeri yang turut dipacu oleh galakkan kerajaan menerusi pelbagai geran dan pinjaman kepada para usahawan yang ingin menceburi perniagaan tersebut.

Selain di Melaka Mall, perniagaan food truck turut berkembang di lokasi-lokasi tumpuan awam dan juga kawasan pasar malam serta di kebanyak program dan pameran melibatkan keramaian antaranya di MITC, Dataran Klebang dan Dataran Pahlawan.

Baru-baru ini, seorang pengguna media sosial meluahkan rasa tidak puas hati mengenai harga makanan yang dijual oleh peniaga trak makanan dan isu tersebut hebat diperdebatkan hingga mendapat perhatian di kalangan netizen.

Katanya, para usahawan trak makanan perlu berusaha berfikir secara kreatif dalam usaha memajukan perniagaan mereka dan perlu mencari jalan untuk memberi nilai tambah dan melazatkan lagi makanan yang dijual.

“Orang Malaysia ini, kalau sesuatu makanan itu sedap, mereka tidak kisah dengan harganya. Jadi para peniaga trak makanan perlu berusaha ke arah itu. Bukannya, menaikkan harga sesuka hati tanpa sebarang perubahan,” sanggah pengguna Facebook tersebut.

Menurutnya lagi, harga yang dikenakan tidak berbaloi dengan kualiti dan kuantiti makanan yang ditawarkan dan kenyataan yang dibuat dalam media sosial tersebut turut mendapat sokongan daripada netizan yang rata-rata bersetuju dengan pendapat lelaki berkenaan.

Kritikan segelintir pengguna yang merungut mengenai harga makanan yang dijual oleh usahawan trak makanan tidak berbaloi dengan kualiti dan kuantiti dan mereka turut mencadangkan supaya harga makanan dikurangkan sesuai dengan keadaan ekonomi yang sederhana ketika ini.

Seorang pelanggan, Amir Zaki Ise berkata, masalah tersebut berpunca daripada sikap para usahawan trak makanan itu sendiri yang meletakkan harga tinggi selepas terpengaruh dengan tanda harga yang diletakkan oleh peniaga trak makanan lain.

Harga tinggi yang dikenakan oleh peniaga trak makanan itu sebenarnya langsung tidak berbaloi apabila mereka sewenang-wenangnya mengenakan caj harga yang tinggi diluar kawalan.

“Misalnya, harga laksa biasanya dijual RM4 semangkuk, namun selepas usahawan trak makanan menghidangkannya dalam tempurung, ia dinaikkan kepada RM8 semangkuk.

“Begitu juga dengan harga ayam gunting, sekeping mencecah harga Rm7.50, hampir menyamai dengan harga setengah ekor ayam di pasar. Siapa yang kawal harga makanan fodd truck ini?” protes pekerja kesenian swasta di Bandar Hilir itu kepada MelakaKini.

Seorang penggemar makanan, Rosyaidatul Suhada Khairi pula berkata, kebanyakan usahawan trak makanan ini terdiri daripada penjaja. Apabila beralih kepada perniagaan trak, mereka cenderung menaikkan harga makanan.

“Seperkara yang saya perhatikan, mereka gemar meniru resepi viral dan kemudiannya meletakkan harga tinggi sedangkan kos tidak seberapa.

“Contohnya, milo kepal, semangkuk harganya RM5.00 sedangkan ais itu hanya dikisar dan nampak macam banyak. Jika ais kisar itu cair, kuantitinya sama seperti secawan milo ais yang beharga RM2.50 sahaja.

“Banyak makanan ‘foodtruck’ kualiti dan kuantiti makanan yang dijual masih pada tahap penjaja, tetapi harganya mengalahkan harga di restoran pula. Siapa yang kawal harga makanan foodtruck ini? ” tanya beliau.

Bagaimanapun, seorang peniaga trak makanan yang mahu dikenali sebagai Saiful Azwan berpendapat, masalah harga mahal berlaku mungkin disebabkan desakan membayar balik ansuran pinjaman atau geran.

Katanya, terdapat segelintir usahawan trak makanan yang perniagaannya kurang mendapat sambutan, justeru mereka terpaksa menaikkan harga untuk membayar semula pinjaman.

“Saya tidak menolak kemungkinan usahawan-usahawan ini mengenakan harga mahal kerana ingin membayar balik pinjaman mereka.

“Tindakan mengaut untung mudah ini bukan akan menguntungkan usahawan, sebaliknya membuatkan perniagaan mereka bertambah teruk,” katanya.

Seorang lagi pemilik perniagaan food truck berkata tindakan menaikkan harga sesuka hati oleh sesetengah peniaga trak makanan dikhuatiri akan memberi impak negatif kepada industri tersebut.

Katanya, dia bimbang sekiranya masyarakat tidak lagi membeli sajian daripada usahawan trak makanan disebabkan harganya yang mahal namun mahu orang ramai juga faham penyelenggaraaan dan kos pengendalian food truck juga agak tinggi.

“Ramai yang cakap niaga food truck tidak memerlukan sewa kedai, tidak perlu ramai pekerja, tiada bil air dan elektrik, tiada perabot beribu ribu dan lain lain yang dikatakan sebagai alasan untuk menurunkan harga makanan.

“Sedangkan hakikatnya kos penyelengaraan untuk food truck agak tinggi seperti kos fabrikasi trak sahaja boleh mencecah RM30,000 hingga ke RM50,000.

“Apa yang ada dalam food truck itu sama seperti apa ada di dapur restoran dan anggaran itu antara faktor diambilkira untuk meletakkan harga makanan yang dijual lebih tinggi berbanding harga di jalanan,” katanya.

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

4 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

6 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

6 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

6 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

6 months ago