Siap siaga hadapi banjir besar

Siap siaga hadapi banjir besar

Bencana memang tidak boleh dijangka, jadi perlu ada persiapan awal untuk menghadapi banjir

AYER KEROH 12 Julai – Persediaan berhadapan banjir besar perlu dibuat daripada awal dalam usaha memastikan bencana tersebut dapat ditangani dengan baik.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, bencana itu perlu diangg serius kerana ia berlaku secara berulang tanpa mengira masa.

Menurutnya, Melaka sendiri pernah mengalami banjir besar pada tahun 1970 sehingga menenggelamkan Bandar Melaka.

“Kita perlu cari maklumat bila putaran itu berlaku. Jika kita tidak bersedia, ia akan berikan impak besar kepada kita.

“Walaupun ia gunakan kos tertentu tetapi usaha ini boleh selamatkan jutaan ringgit dan harta benda,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri di Seri Negeri di sini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Hasim Hasan dan Exco Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan negeri, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.

GAMBAR SUMBER PEJABAT KETUA MENTERI MELAKA

 

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS