Shukor sah angkat kaki

KEHILANGAN pemain veteran pertahanan Melaka United (MU), Mohd Shukor Adan ketika bertemu Pahang di laman sendiri terjawab selepas Pengendalinya, Zainal Abidin Hassan mengesahkan pemain memakai jersi nombor 12 itu sudah tawar hati bersama pasukan.

Jelas Zainal, Mohd Shukor telah menetapkan pendirian untuk tidak menyarung jersi Sang Kancil pada perlawanan berkenaan dan pada aksi timbal balik 29 September depan.

Tugas selaku kapten malam tadi digalas sementara arkitek tengah MU, Safiq Rahim.

Mohd Shukor dipercayai ‘merajuk’ susulan isu membabitkan tunggakan gaji yang diluahkannya menerusi laman Instagram sebelum ia disahkan Pengurus Pasukannya, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, tempoh hari.

“Dia tidak ada, secara jujurnya dia tak nak main,mungkin hatinya tidak pada perlawanan hari ini.

“Saya menghormati keputusan beliau dan menerimanya dan memainkan (menggantikan posisi Mohd Shukor) Mohd Razman Roslan.

“Untuk perlawanan seterusnya juga kita masih tak tahu, nak main atau tidak, masih ada seminggu untuk menyediakan pasukan,” katanya pada sidang media selepas tewas 0-3 kepada Tok Gajah di laman sendiri, semalam.

Mengulas mengenai kekalahan itu, Zainal menjelaskan kehilangan fokus pada detik lima minit selepas gol pertama hasil jaringan awang import pelawat Lazarus Kaimbi menjadi punca kepada detik ngeri yang dilalui.

“Separuh masa pertama kita bermula baik, tetapi, konsentrasi di lima minit itu telah memusnahkan kita,” katanya.

MU membawa bekalan kurang selesa menentang skuad bimbingan Dollah Salleh, selepas dibolosi tiga kali dalam tempoh lima minit.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

3 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago