WALAUPUN Melaka ni tak sebesar mana, namun ‘shopping mall’ di negeri ni dibina ibarat ‘cendawan tumbuh selepas hujan’. Kalau tak percaya, anda pusinglah sekitar Melaka. Dari satu tempat ke satu tempat, anda boleh nampak pasaraya tersergam dalam jarak yang berdekatan. Apapun, hanya ada beberapa pusat membeli belah atau ‘shopping mall’ yang sentiasa penuh. Nak tau yang mana? Jom intai-intai…
1. MAHKOTA PARADE
Ni memang dah jadi port anak muda dari dulu lagi. Lokasinya di tengah-tengah Bandar Hilir membuatkan ia sentiasa penuh.
2. DATARAN PAHLAWAN MELAKA MEGAMALL
Berdepan dengan Mahkota Parade saja, tapi kerana terdapat butik-butik yang stylo dan up to date di sini, ia menjadi pilihan pengunjung untuk shopping.
3. AEON MALL BANDARAYA MELAKA
Yang ini pula antara pilihan ibu bapa untuk membawa anak-anak mereka. Selain terdapat pelbagai pilihan pakaian dan makanan untuk seisi keluarga, terdapat juga wayang dan tempat permainan kanak-kanak.
4. FREEPORT A’FAMOSA OUTLET
Kat sini pula jadi tumpuan pengunjung sebab terdapat butik-butik yang jual baru branded tapi murah. So tak perlu pergi KL atau luar negara nak beli barang berjenama.
5. AEON AYER KEROH
Walaupun shopping mall ni tak besar macam yang lain, tapi, ini antara port beli-belah yang admin suka. Sebab apa, tak perlu nak jalan jauh-jauh sebab pelbagai kelengkapan ada di sini.
SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.
Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…
TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…
SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…
AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…
KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…
Leave a Comment