Shamsul meriahkan rumah terbuka Krismas

BACHANG 7 Jan. – Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin bersama kira-kira 300 tetamu memeriahkan Rumah Terbuka Krismas dan Majlis Sambutan Tahun Baru 2020 di Bethany Church Malacca, baru-baru ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya tiba kira-kira jam 8 malam itu sempat beramah-mesra bersama tetamu yang hadir daripada rakyat berbilang kaum untuk meraikan sambutan perayaan penganut agama Kristian itu.

Pada majlis itu, tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah selain dihiasi dengan persembahan nyanyian bagi menceriakan lagi suasana majlis.

Tetamu jemputan juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama Shamsul Iskandar selain bertanyakan beberapa soalan kepada beliau.

Liana binti Sahabudin

Leave a Comment
Share
Published by
Liana binti Sahabudin

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

5 hours ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

2 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

2 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

2 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

2 months ago