Categories: MELAKA

Setuju media sosial penting untuk pasaran global – Menteri

MOHD Redzuan menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima Majlis Iftar dan Penyampaian Bantuan Asnaf di Masjid Ar-Robbani, Tangga Batu, baru-baru ini.

TANGGA BATU 30 Mei – Kementerian Pembangunan Usahawan menyambut baik saranan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menggesa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengambil peluang inisiatif yang disediakan penyedia platform media sosial seperti Facebook dalam memperluaskan perniagaan mereka secara dalam talian dan menembusi pasaran global.

Menterinya, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata dalam menuju fasa globalisasi, perdagangan di atas talian adalah antara perkara mustahak yang perlu diberikan penekanan.

Katanya, kepakaran dan kemahiran yang dimiliki untuk berniaga di atas talian bukan saja mampu mengembangkan perniagaan, tetapi menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi masa depan.

“Benda ini (media sosial) diguna pakai oleh belia jadi ia akan jadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi masa depan.

“Justeru, di bawah SME Corp, kita galakkan semua PKS yang berdaftar untuk mereka melengkapkan diri dengan penggunaan teknologi selain melengkapkan diri dengan kemahiran lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Iftar dan Penyampaian Bantuan Asnaf di Masjid Ar-Robbani, Tangga Batu, di sini semalam.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago