Categories: MELAKA

Setiap DUN dapat 2 Rumah Peduli

AYER KEROH 11 Jun – Pembinaan Rumah Peduli di negeri ini akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab berkata, pembinaan secara berperingkat itu akan dilaksanakan berterusan di negeri ini dan menyasarkan sebanyak 60 buah rumah akan dibina.

Katanya, inisiatif kerajaan negeri itu dilaksanakan melalui agihan mengikut 28 DUN di negeri ini dengan membina sebanyak dua rumah di setiap kawasan masing-masing.

“Jumlah selebihnya itu akan disalurkan kepada mana-mana kawasan yang lebih memerlukan di negeri ini yang menghadapi kesukaran dalam permasalahan ini.

“Cuma pemohon perlu mengetahui bahawa syarat kelayakan ialah memiliki tanah sendiri atau perlu mendapatkan kebenaran bertulis dari pemilik tanah tersebut.

“Malah, mereka boleh melakukan permohonan bagi memilih dua jenis rumah sama ada dua bilik dengan berharga sebanyak RM30,000.00 dan RM37,500.00 bagi tiga bilik.

“Perkara ini akan memberi kemudahan kepada isi rumah yang ramai lebih-lebih lagi memiliki anak yang berbeza jantina dan membolehkan mereka memiliki bilik masing-masing,” katanya ketika dihubungi MelakaKini, pagi tadi.

Dalam pada itu, Mohd Sofi berkata, peruntukan bagi inisiatif terbabit diperuntukkan sebanyak RM3 juta bagi tahun ini dan akan diteruskan pada masa akan datang.

“Kerajaan negeri akan melaksanakan inisiatif ini pada masa akan datang malah akan menambah jumlah pembinaan Rumah Peduli di negeri ini bagi membantu golongan ini.

“Pembinaan kemudahan bagi golongan kurang kemampuan khususnya miskin tegar ini mampu memberi keselesaan kepada mereka dalam menjalani kehidupan seharian mereka,” katanya.

Faiz Hasan

Leave a Comment
Share
Published by
Faiz Hasan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

3 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

3 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

3 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

3 months ago