Categories: Ketua MenteriMELAKA

Setiap bangsa ada budaya tersendiri – Adly

AYER KEROH 13 Ogos – Ketua Menteri, Adly Zahari lebih selesa jika isu membabitkan warisan khat dan jawi yang dibantah Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) diselesaikan secara baik menerusi rundingan bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Beliau dalam masa berharap isu yang sedang hangat di media sosial ketika ini tidak juga dipolitikkan yang mungkin menimbulkan pelbagai persepsi negatif.

Katanya, seni khat dan tulisan jawi yang telah dipraktikkan sekian lama rakyat Malaysia suatu ketika dahulu juga merupakan warisan kepada budaya negara ini dan ia wajar diselesaikan secara berdamai.

“KPM telah kemukakan pandangan dan harap ia tidak dipolitikkan.

“Bagi saya setiap bangsa ada budaya tersendiri dan melalui kaedah perundingan segala isu yang timbul boleh diselesaikan.

“Saya yakin dengan perundingan bersama badan bukan kerajaan (NGO) bersama KPM lebih baik dan ia amat dialu-alukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Ramah Mesra bersama komuniti facebook, Geng Viral Melaka (GVM) di Restoran Zoo Melaka di sini sebentar tadi.

Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad tempoh hari melabelkan Dong Zong sebagai rasis selepas persatuan itu mewujudkan petisyen membantah pembelajaran seni khat dan jawi yang didakwa sebagai medium penyebaran Islam.

“Dong Zong ini rasis, kita buat Sekolah Wawasan letak SK, SJKC dan SJKT dalam satu kampus mereka tak mahu, takut anak-anak dia konon bercampur dengan orang Melayu.

“Dia tak suka orang Melayu, semua dia bantah tak pernah bersetuju dengan apa-apa pun,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Korban di Masjid Al Huda Padang Matsirat.

Sejak dua minggu lalu, isu pengenalan tulisan khat atau Jawi mendapat bantahan ramai pemimpin DAP serta dua pertubuhan mewakili pendidiakan Cina, Dong Zong dan Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong)

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

3 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago