Categories: MELAKA

Hentikan segera semua program dan aktiviti pelancongan – Tourism Malaysia

AYER KEROH 18 Mac. – Tourism Malaysia (TM) mengarahkan setiap aktiviti dan program pelancongan negara ini perlu dihentikan segera susulan Perintah Kawalan Pergerakkan berkuatkuasa yang bermula hari ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Musa Yusof berkata setiap aktiviti mahupun program yang melibatkan secara langsung dengan orang ramai perlu dihentikan sehingga perintah berkenaan berakhir pada 31 April ini.

“Saya yakin kita telah berusaha semaksima mungkin dalam merangsang pertumbuhan ekonomi melalui sektor pelancongan, bagaimanapun keselamatan dan kesihatan rakyat lebih diutamakan.

“Lanjutan pengumuman perintah tersebut dan tindakan “lock-down” oleh negara-negara luar, sektor pelancongan domestik dan antarabangsa turut terkesan.

“Tourism Malaysia telah ditegur oleh pelbagai pihak sebagai tidak sensitif dalam usaha merangsang ekonomi melalui aktiviti pelancongan domestik sebelum ini, walaupun pada masa yang sama pihak penganjur telah
meningkatkan tahap keselamatan dan langkah berjaga-jaga,” katanya menerusi kenyataan dikeluarkan.

Dalam pada itu, menurutnya pihaknya turut mengambil langkah penutupan operasi di ibu pejabat, wilayah dan Pusat Maklumat Pelancongan berikutan penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Bagaimanapun ujarnya, hanya Pejabat-Pejabat Luar Negara sahaja dikecualikan namun ia bergantung kepada arahan dari negara masing-masing.

“Begitu juga kepada Pejabat-Pejabat Luar Negara di mana terdapat kes COVID-19 yang sedang meningkat. Bagaimanapun,semua program yang dibatalkan dan ditunda perlulah direkod untuk tujuan audit,kewangan dan KPI.

“Bagi warga TM di ibu pejabat dan wilayah anda boleh menjalankan kerja rasmi dari rumah (work from home)
selagi ianya tidak melibatkan perkara-perkara yang sensitif.

“Saya juga ingin menyeru agar kita semua sentiasa berwaspada dalam meningkatkan usaha-usaha pencegahan COVID- 19 seperti yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Saya juga telah meminta Bahagian Pentadbiran dan Bahagian SumberManusia untuk menyediakan Arahan (Circular) bagi mekanisma Perintah Kawalan Pergerakan ini dan Surat Edaran Garis Panduan Pengendalian Isu-Isu Berhubung Penularan Jangkitan Wabak Covid-19 di Premis Kerajaan kepada semua kakitangan TM bagi memastikan kita semua jelas dengan arahan-arahan tersebut,” katanya.

Faiz Hasan

Leave a Comment
Share
Published by
Faiz Hasan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago