Setem khas buat peminat Marvel

Setem khas buat peminat Marvel

Khas buat peminat 'kipas susah mati' Marvel....

BUAT peminat komik adiwira Marvel, ada berita baik buat anda apabila pada 3 Julai lepas, Pos Malaysia Berhad telah mengumumkan akan mengeluarkan siri setem bertemakan Marvel Super Hero kolaborasi bersama The Walt Disney Asia Tenggara.

Ia merupakan edisi khas sebagai penghormatan kepada buku komik Marvel bersempena ulangtahun ke-80 tahun ini. Sebanyak 10 setem berimejkan pelbagai karakter dikeluarkan seperti Iron Man, Captain America, Thor, Doctor Strange, Spider-Man, Hulk, Black Panther, Black Widow, Thanos dan Loki.

Set Marvel Super Hero itu didatangkan dengan dua keping setem bertebuk, satu tanpa tebuk, dua keping kad cenderamata, dua poskad serta fail yang berharga RM120.

Untuk tempah telah dibuka secara pra-jualan di semua 13 Pejabat Pos Besar seluruh negara atau menerusi talian di www.eziemall.com.

 

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS