Categories: AntarabangsaSUKAN

Sepanyol cemas sebelum menang

COSTA (kanan) muncul penyelamat Sepanyol menerusi jaringan tunggalnya pada minit ke-54 ketika berdepan Iran, pagi tadi.

JARINGAN Diego Costa menghidupkan kembali peluang La Roja untuk mara ke pusingan kalah mati selepas jaringannya membantu Sepanyol meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Iran dalam aksi kedua Kumpulan B di Kazan Arena, pagi tadi.

Tiga mata yang diraih membantu Sepanyol mengumpul empat mata selepas dua perlawanan dan berada dalam kelompok dua terbaik kumpulan bersama Portugal.

Pada perlawanan itu, Iran dan Sepanyol menguji kekuatan pasukan lawan pada separuh masa pertama tanpa sebarang jaringan dihasilkan, walaupun David Silva nyaris membuka tirai menerusi aksi akrobatiknya, namun dihalang sistem ‘parkir’ bas ‘Shirane Pars’

Bermulanya separuh masa kedua, Sepanyol tidak menunggu lama untuk menghimpit Iran dan berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-54.

Iran pada perlawanan berkenaan tidak berputus asa menerusi asakan dan berjaya menanduk masuk gol penyamaan menerusi Saeid Ezatolahi, tetapi pengadil perlawanan, Andres Cunha memutuskan jaringan itu terbatal susulan pemain terbabit berada dalam kedudukan offside melalui Sistem Video Bantuan Pengadil (VAR).

Sepanyol kini hanya memerlukan satu lagi kemenangan berdepan Morocco, Selasa depan untuk melayakkan diri ke saingan kalah mati.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago