Categories: MELAKA

Senyap-senyap Adly Zahari dah buat 5 perkara ni untuk bantu orang melayu dan bumiputera

1. Bagi menggantikan Tanah Adat Melaka (MCL) yang makin berkurangan, beliau telah membenarkan kediaman yang berstatus pajakan ditukar ke status Tanah Adat Melaka (MCL) hanya dengan bayaran nominal RM 1,000.
2. Beliau tidak membenarkan kepentingan asing membeli atau memiliki Tanah Adat Melaka (MCL) dan kuota yang dimiliki oleh Bumiputera/Melayu dan syarat diperketatkan supaya Tanah Adat Melaka (MCL) tidak terlepas dengan begitu mudah.
3. Menubuhkan Dana Harta Bumiputera yang mana dana ini digunakan khusus untuk membiayai pinjaman perumahan, mikro kredit dan lain-lain bagi membantu Bumiputera/Melayu membeli rumah kediaman, mengembangkan perniagaan mereka dan sebagainya.
4. Memberikan rumah percuma yang dikenali sebagai Rumah Peduli kepada golongan yang memerlukan. Setakat Disember 2019, 100% penerima Rumah Peduli adalah golongan Melayu dan Bumiputera.
5. Menurunkan kadar sewa Bazar Ramadan. Ini dapat menggalakkan lebih ramai orang Melayu/Bumiputera menceburi bidang perniagaan atau memberikan peluang kepada mereka untuk membuat pendapatan sampingan di bulan Ramadan.
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago