Categories: MELAKA

Sentuhan seni Hasbak di Perzim

BANDAR HILIR 24 April – Bagi peminat seni visual jangan ketinggalan mengunjungi Pameran ‘Colours in Reflection’ oleh Hassan Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Hasbak anjuran Perbadanan Muzium Melaka (Perzim).

Hasbak merupakan antara artis seni visual yang tidak asing di Malaysia.

Beliau berasal dari Durian Daun, Masjid Tanah, Melaka dan minatnya dalam seni visual bermula dari zaman kanak-kanak.

“Saya mula mempamerkan karya seni sejak tahun 60-an lagi namun melibatkan diri secara serius dalam bidang seni ini pada tahun 1997.

“Seni visual berunsur Islamik khususnya dalam kaligrafi menjadi minat saya dan Kaligrafi Arab merupakan bentuk unggul seni visual Islam,” katanya.

Jelasnya, keindahan Kaligrafi Arab melambangkan kuasa, pengaruh yang luar biasa dan inspirasional.

“Bagi saya pula, saya lebih kepada menggunakan kaligrafi gaya kufi berbentuk kontemporari,” katanya.

Pada pameran itu, sebanyak 45 keping lukisan dipamerkan pelbagai saiz di ruangan pameran utama dan kedua Balai Seni Lukis Melaka dipamerkan.

Majlis perasmian disempurnakan Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri Melaka merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Perzim, Datuk Muhammad Jailani Khamis.

Muhammad Jailani turut menyatakan hasrat kerajaan negeri untuk menggalakkan kegiatan seni di negeri ini khususnya dalam kalangan pelajar dan anak muda supaya menonjolkan diri dalam bidang ini.

Program turut disokong bengkel Colours of Pastel melibatkan pelajar Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka dan Institut Perguruan Raja Melewar Negeri Sembilan.

Pameran berlangsung dari 11 April hingga 30 Jun 2019 itu dibuka kepada pengunjung setiap Selasa hingga Ahad jam 9 pagi hingga 5 petang.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

5 days ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

3 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

3 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

3 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

3 months ago