Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, usaha membantu golongan itu harus bersifat berterusan dan bukan hanya dilakukan pada musim perayaan.
Menurutnya, selain kerajaan, beliau berharap lebih ramai anggota masyarakat dan syarikat swasta sudi berganding bahu membela nasib golongan asnaf khususnya sempena Syawal tidak lama lagi.
βIa satu usaha murni untuk membantu golongan kurang bernasib baik agar mereka boleh meraikan dan menyambut Ramadan serta Syawal ini dengan gembira,β katanya.
Adly berkata demikian semasa berucap di Majlis Perasmian Dewan Jawatankuasa Penyelarasan dan Pembangunan (Japerun) Gadek dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Ahli Parlimen dan ADUn Gadek, Ahad lalu.
Di majlis tersebut juga Adly turut menyampaikan sumbangan kepada 125 orang asnaf.
Turut hadir, Ahli Parlimen Alor Gajah, Mohd Redzuan Yusof dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek, G. Saminathan merangkap Exco Perpaduan, Sumber Manusia, NGO dan Hal Ehwal Pengguna.
Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…
TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…
SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…
AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…
KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…
Leave a Comment