Categories: RENCANA

Seni mural sentuhan anak jati Melaka

MELAKA bukan sahaja terkenal dengan lanskap dan budayanya yang menarik, malah seni mural juga semakin popular mewarnai dinding- dinding kosong di sekitar bandaraya mahupun desa.

Jika dilihat, karya-karya yang dihasilkan oleh pelukis mural seumpamanya itu mempunyai nilai estetika tersendiri yang mana, ia bukan sahaja menarik perhatian orang tempatan bahkan pelancong luar.

Kagum dengan kehebatan seorang pelukis mural yang hebat mengubah lanskap ke arah lebih baik, MelakaKini sempat menemubual ‘orang seni’ yang tidak asing lagi di negeri ini, bahkan namanya kini kian dikenali sepelusuk negeri, Mohd Zuwairi Abd Rahman, 41.

Dia yang lebih dikenali dengan nama Zuwairi Rahman berkata, bakat melukis yang ada sejak dari zaman persekolahan namun mula aktif dalam pembabitan seni lukis secara sepenuh masa pada tahun 2010.

Menurutnya, dia menjadikan seni mural dan lukisan di atas kanvas sebagai wadah untuk dia bebas berkarya bagi menyampaikan mesej positif, yang mana dapat memberi impak kepada yang melihatnya.

Mengimbau kembali penglibatannya dalam dunia mural, Zuwairi berkata, minat dan kreativiti menjadi sebab mengapa dia menjadikan kerjaya ini sebagai sumber mata pencarian.

“Sekarang orang pandai dan buka mata dengan seni mural, jika kena pada caranya, kerjaya ini mampu memberikan pulangan lumayan.

“Saya memang minat melukis sejak kecil lagi, bahkan ketiga-tiga anak saya mempunyai minat dan mewarisi bakat ini.

“Jika sesetengah pelukis hanya mempunyai kemahiran tertentu, tetapi alhamdulillah saya mampu melukis mural dan potret di atas kanvas menggunakan pelbagai medium,” katanya ketika ditemui di studio galerinya sendiri di Kampung Permatang Pasir, Melaka.

Beliau yang mengambil tempahan melukis mural di sekolah, bangunan kerajaan, hotel, restoran dan butik serta lukisan potret berkata, sehingga kini lebih 60 hasil karya seni mural yang sudah dihasilkannya.

Menurut anak jati bumi Hang Tuah ini, dari segi masa, tempoh sesebuah lukisan disiapkan bergantung kepada tema, warna, dan keluasan kaki persegi.

“Saya melukis mengikut permintaan pelanggan, jika A mereka minta, A yang saya buat. Namun ada juga pelanggan yang menyerahkan keputusan kepada saya sepenuhnya.

“Karya paling lama untuk disiapkan adalah seminggu, paling cepat sehari pun boleh. Apa-apa pun bergantung pada keadaan cuaca, saiz dan sebagainya. Sebab boleh dikatakan kebanyakan kerja-kerja melukis dan mengecat dilakukan oleh saya seorang diri,” katanya.

https://t.me/melakakinidotmy

Menurutnya, adalah menjadi kepuasan apabila sesebuah karya yang dihasilkan akhirnya mendapat pujian daripada pelanggan lebih-lebih lagi kemudiannya menjadi pelanggan tetap.Katanya, harga lukisan mural karyanya bermula dari RM1,000 malah boleh mencecah RM5,000 bagaimana pun ia boleh berpandukan pada kesukaran sesebuah lukisan dan bajet pelanggan.

“Apa yang dikehendaki pelanggan, saya cuba penuhi dengan seikhlas hati, kerana bagi saya jika ihklas itu datang maka gambarannya akan jelas, beerti lukisan yang saya hasilkan itu nampak hidup dan terkesan di hati yang melihat.

“Kepercayaan yang diberikan pelanggan juga memberi ruang untuk saya berkarya dalam menzahirkan seni dan menyampaikan mesej-mesej yang berguna. Matlamat hanya satu, biarlah hasil seni saya memuaskan semua pihak,” katanya.

Katanya, dalam tempoh hampir sembilan tahun pelbagai pengalaman pahit manis sudah ditempuhnya lebih-lebih lagi dalam berhadapan dengan pelanggan yang cerewet.

“Biasalah pelanggan, kadang-kadang ada sahaja yang tidak puas hati walaupun belum melihat hasil yang sepenuhnya. Ramai juga yang merungut hasil lukisan tak seperti yang dikehendaki tapi bila dah tengok hasilnya, baru mereka terdiam.

“Orang kata jangan mudah menilai hasil kerja yang belum siap. Apa-apa pun demi kesungguhan, minat, dan kepercayaan pelanggan, saya akan terus berkarya!,” katanya.

Yusri Sahat

Leave a Comment
Share
Published by
Yusri Sahat
Tags: evergreen

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

5 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

7 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

7 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

7 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

7 months ago