Senarai antara tempat menarik di Jasin

Senarai antara tempat menarik di Jasin

Anda ingin lain dari yang lain selain Bandar Melaka? Jom lawat sekitar Jasin :-)

RATA-rata pelancong luar khususnya hanya datang ke Melaka kerana tertarik dengan kawasan-kawasan pelancongan popular terdapat di negeri ini seperti Menara Taming Sari, Jonker Walk, Kota A Famosa dan Melaka River Cruise.

Bagaimanapun, di sebalik tempat-tempat terkenal ini masih banyak tarikan pelancongan yang tidak diketahui seperti terdapat di daerah Jasin.

Mungkin mereka tidak perasan kewujudan tempat-tempat ini kerana kurangnya promosi ataupun pendedahan mengenainya.

MK senaraikan antara tempat menarik yang boleh dikunjungi orang ramai di daerah Jasin.

 

AIR PANAS JASIN


Air Panas Jasin merupakan salah satu lokasi rekreasi yang sesuai untuk membawa keluarga bersuka ria. Selain terdapat tempat permainan untuk anak-anak, ia juga sesuai untuk golongan dewasa.

 

MEDAN IKAN BAKAR UMBAI, SERKAM &  ANJUNG BATU


Kalau ke Melaka tak sah kalau singgah makan ikan bakar. Ketiga-tiga lokasi ini juga merupakan pilihan menarik bagi pengunjung untuk mencuba kelainan menu ikan bakar di negeri ini.

 

TAMAN EKSTREM CHINCHIN


Terletak hanya kira-kira 9 kilometer sahaja dari bandar Jasin dan sekitar 8 kilometer dari bandar Tangkak, ia juga mempunyai tarikan tersendiri antaranya tasik yang indah, taman air mini, kolam renang awam, aktiviti fliying fox, aktiviti memanah dan lain-lain.

 

RUMAH TRADISIONAL PENGHULU NATAR 


Rumah unik bersenibina campuran ini dibina dalam tahun 1914 oleh Datuk Penghulu Abdul Ghani, Penghulu Kawasan Merlimau. Rumah Melaka tertua yang masih berdiri megah dan merupakan antara rumah Tradisional Melayu yang tercantik di negara ini. Dibina di tanah seluas 1,350 meter persegi, dengan kos RM23,000.

CATEGORIES
TAGS