Sempena TBC 2019 : Mubarak Melaka raikan ahli

Sempena TBC 2019 : Mubarak Melaka raikan ahli

GANGSA 8 Feb. – Exco Perindustrian, Perdagangan & Pelaburan, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen hadir memeriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Melaka di sini, Rabu lalu.

Majlis diadakan di kediaman Exco Mubarak Melaka, Datuk Chiw Tiang Chai itu turut dihadir bekas Ketua Menteri, Tan Sri Mohd Ali Rustam; Timbalan Presiden Mubarak Malaysia, Tan Sri Rahman Sulaiman dan Yang Dipertua Mubarak Melaka, Datuk Nazari Adzim; jawatankuasa serta ahli-ahli Mubarak Melaka.

Antara lain, sambutan TBC 2019 itu diadakan berikutan keahlian Mubarak Melaka meliputi pelbagai kaum terdiri bekas-bekas wakil rakyat dari semua parti politik tanpa mengira kerajaan mahupun pembangkang.

Majlis juga dilihat dapat mengeratkan silaturahim selain dapat beramah mesra bersama ahli-ahli untuk bertanya khabar.

CATEGORIES