Categories: MELAKANASIONAL

Semai politik saingan idea, bukan rebut kuasa – Anwar

MELAKA, 11 Nov. – Semua ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu menyemai budaya politik yang berlandaskan saingan idea bagi memberi kehidupan lebih baik kepada rakyat dan bukan budaya politik merebut kuasa, kata presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata penumpuan soal pembangunan negara tanpa dikemudi dengan akhlak yang betul akan menyebabkan salah guna kuasa dan rasuah yang akhirnya boleh menyebabkan sifat tamak kuasa dalam kalangan anggota parti itu.

Katanya, akhlak yang betul dalam kalangan anggota PKR dapat membentuk sebuah budaya politik sihat dengan percambahan pelbagai idea untuk membentuk sebuah kerajaan kuat dalam membantu rakyat bersama parti lain dalam Pakatan Harapan (PH).

“Politik ini pertandingan idea, ia mesti ada keadilan kita tegakkan untuk semua yang mana keadilan ini mesti ada akhlak. Tidak boleh kita guna kuasa untuk curi duit, senangkan kumpulan tertentu atau buat tidak betul.

“Bila ada jadi menteri kata apa salahnya ada sedikit itu ini, saya kata tidak, tiada tolak ansur kerana kita pegang amanah rakyat. Tiada sedikit pun tolak ansur hal rasuah dan salah guna kuasa,” katanya ketika berucap pada Konvensyen PKR Melaka, di Ayer Keroh, di sini semalam.

Turut hadir Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar; Pengerusi DAP Melaka, Datuk Tey Kok Kiew serta kira-kira 500 ahli PKR negeri ini.

Anwar berkata kuasa yang dimandatkan oleh rakyat perlu digunakan untuk membangunkan ekonomi negara yang mana ia penting dalam usaha menghapuskan kemiskinan di negara ini dan memberi kehidupan yang lebih baik untuk rakyat.

“Sudah 10 tahun pembangunan ekonomi negara pada kadar mendatar, jadi perlu sokong (Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) laksana program ekonomi, politik PH harus terus stabil jangan ada komplot sana sini. Terus beri sokongan.

“Kerana kalau kekal begini (pertumbuhan ekonomi mendatar) kemiskinan akan terus berlaku dan akhirnya yang sengsara rakyat. Kaya bertambah kaya, tetapi yang miskin papa kedana,” katanya.

Beliau berkata dalam menilai kadar kemiskinan di negara ini, kerajaan telah bersetuju untuk meminda cara kiraan kadar kemiskinan yang telah digunakan sejak tahun 1971 kepada perkiraan mengambil kira pelbagai dimensi.- BERNAMA

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 day ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

2 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

2 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

2 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

2 months ago