Pengarah Urusan Bayou Lagoon Park Resort Sdn. Bhd., Datuk Marco Seow Chee Han berkata, program tahunan bersama media itu bagi menyampaikan penghargaan kepada petugas media kerana banyak membantu pusat memberi publisiti kepada taman rekreasi dan penginapan tersebut.
Katanya, sempena Ramadan kali ini, sebanyak 20 petugas dari pelbagai agensi media elektronik dan cetak diraikan dalam majlis berbuka yang diadakan di resort terkenal itu.
“Tahun ini, kami memilih tema sentimental dalam masakan Melayu supaya pelanggan dapat merasai masakan terpilih setiap negeri yang ada di Malaysia di Bayou Lagoon termasuk masakan dari Pantai Timur. Lebih kurang 100 jenis masakan istimewa dengan tema ‘Masakan Sentimental Melayu’ kepada pengunjung, disediakan oleh eksekutif chef Amran Adnan yang punyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang penyediaan makanan.
“Selera Rampai Bufet Ramadan di Bayou Lagoon menjanjikan sajian Ramadan yang semestinya membuka selera anda bersama rakan mahupun keluarga,” katanya ketika ditemui di majlis tersebut.
Antara menu yang menarik ialah nasi mandy dengan kambing, daging kerutup dan kari ikan bendi serta pelbagai jenis lauk tradisional seperti sayur lodeh, ikan panggang kuah percik dan udang masak lemak belimbing.
Orang ramai yang ingin mencuba keenakan juadah berbuka di resort ini boleh layari laman web www.bayoulagoon.com.my atau hubungi talian 06-233 0888 atau 013-286 8750.
Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…
TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…
SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…
AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…
KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…
Leave a Comment