Selepas AS, India haramkan rokok elektronik

Selepas AS, India haramkan rokok elektronik

Yang pasti merokok dan vaping adalah amalan kurang sihat

NEW DELHI 19 Sept. – Kerajaan India mengharamkan sebarang import penghasilan dan penjualan rokok elektronik di negara tersebut.

Menurut berita yang dipetik dari BBC semalam, Menteri Kewangannya, Nirmala Sitharaman mengumumkan perkara tersebut selepas New York menjadi negeri kedua di Amerika Syarikat yang melakukan tindakan sama.

Menurutnya, keputusan tersebut diambil setelah meneliti kesan rokok elektronik kepada generasi muda kini dan mengambil contoh dari New York yang terkesan dengan melibatkan tujuh kematian berpunca dari rokok elektronik tersebut.

“India mempunyai lebih dari 100 juta perokok tegar dan impak rokok elektronik ini dilihat mampu membuka pasaran besar di negara itu.

“Vaping merupakan perbuatan yang menghirup campuran perasa yang diperbuat daripada nikotin, air, pelarut dan perisa di mana ia dilihat sebagai alternatif lain kepada perokok untuk berhenti merokok tetapi kesannya terhadap kesihatan diri masih belum diketahui sepenuhnya,” katanya dalam sidang media di sini.

Memetik berita tersebut, India merupakan negara kedua terbesar dalam penggunaan nikotin selepas China dan lebih daripada 900,000 kematian melibatkan penyakit berkaitan nikotin dilaporkan di negara terbabit.

Menurut laporan dari Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), lebih dari 1 bilion jumlah populasi dunia, hanya sedikit pengurangan perokok dilaporkan tetapi terdapat peningkatan terhadap pengguna rokok elektronik.

“Peningkatan perokok elektronik meningkat mendadak daripada 7 juta pada 2011 kepada 41 juta pada 2018,” menurut laporan itu.

Kumpulan Penyelidik Pasaran Euromonitor menganggarkan bahawa bilangan orang dewasa yang menghisap vape atau rokok elektronik akan mencapai hampir 55 juta pada 2021.

Di Amerika Syarikat (AS), pengguna rokok elektronik lebih terdedah kepada risiko kesihatan di mana sebanyak 450 kes dilaporkan melibatkan penyakit paru-paru dan enam kematian di 33 negeri di negara tersebut.

Penyiasat kesihatan di AS sedang berusaha untuk mengenal pasti punca kematian melibatkan rokok elektronik sama ada penggunaan toksin atau penggunaan bahan terlarang yang tidak sepatutnya.

Larangan India terhadap rokok elektronik dinyatakan tegas selepas New York menjadi negeri AS kedua melarang penggunaan rokok elektronik berperisa kerana dikatakan menimbulkan ketagihan terhadap nikotin membahayakan kesihatan kepada semua lapisan umur termasuk kanak-kanak.


SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES