Sejarah RUMAH DEMANG ABDUL GHANI yang ramai tak tahu

RUMAH Demang Abdul Ghani merupakan salah satu daripada artifak permata yang ada di bumi Melaka. Terletak di Merlimau, 22 km dari Bandar Melaka menghala ke Muar, rumah unik tersebut dibina pada tahun 1914 oleh Datuk Penghulu Demang Abdul Ghani yang juga merupakan Penghulu Kawasan Merlimau. Tetapi apa yang anda tahu mengenainya? Jom follow…

1. DIBANGUNKAN TANPA MENGGUNAKAN PAKU

TIDAK seperti rumah moden menggunakan simen dan paku, ia sebaliknya hanya memakai teknik pasak dan tanggam sahaja.

Rumah itu turut dibina menggunakan kayu bermutu tunggu, seperti merbau, cengal dan jati.

2. SENI BINA GABUNGAN PELBAGAI BUDAYA

JIKA memasuki perkarangan rumah ini, pintu masuknya sudah menggambarkan gabungan budaya masyarakat Cina, tetapi jika diamati secara teliti ia juga menggambarkan seni dari Palembang, Kemboja, Champa dan Filipina.

Di bahagian dalaman pula terdapat tiang yang dikenali sebagai Tiang Seri Rumah Melayu yang menjadi antara elemen terpenting dalam pembinaan rumah tradisional dan pelbagai lagi.

3. DIGELAR KEDIAMAN RAJA SEHARI

RUMAH ini mempunyai enam ruamg utama iaitu balai penghadapan, serambi, rumah ibu, bilik tidur utama, rumah tengah dan dapur.

Bahagian balai penghadapan atau anjung rumah pula menjadi tempat menerima tetamu dan berbincang masalah penduduk setempat.

Bagaimana ia digelar kediaman Raja Sehari perlu berbalik kepada kisah Demang sendiri, dimana beliau merupakan penghulu kepada sesuatu kawasan.

Selain berbak mengutip cukai dari penduduk setempat bagi pihak pemerintah, dia juga amat dihormati berdasarkan ketokohannya dan mudah disenangi masyarakat serta merupakan individu lantikan sultan.

4. DIDAFTARKAN SEBAGAI BANGUNAN WARISAN

PADA 2006, Rumah Demang Abdul Ghani telah didaftarkan menggunakan nama Penghulu Md Nattar sebagai bangunan Warisan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) oleh Pesuruhjaya Warisan, Jabatan Warisan Negara, Datuk Profesor Emeritus Siti Zuraina Abdul Majid bagi tujuan perlindungan kepada khazanah warisan negara itu.

Demi memastikan rumah tradisonal itu sebagai warisan khazanah negara yang terus terpelihara, Kerajaan Negeri Melaka melalui Perzim mengambil alih rumah berkenaan dan menjadikannya sebagai galeri pada 2011 dan premis itu dirasmikan sebagai Galeri Demang Abdul Ghani pada 2012.

Pada 17 Okt lepas, galeri berkenaan diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan 2018.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan
Tags: evergreen

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago