Categories: MELAKAPELANCONGAN

Segmen kulinari Melaka tarikan pelancong domestik

MELAKA 19 Feb. – Kerajaan negeri tidak memandang rendah terhadap bilangan pelancong domestik, apabila kumpulan itu merekodkan 60 peratus kedatangan ke negeri ini.

Exco Pelancongan, Warisan Dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhamad Jailani Khamis berkata, untuk tidak menghampakan sokongan yang diberikan pelancong domestik, kerajaan negeri akan memastikan mereka yang bercuti ke negeri ini melalui pengalaman indah dan disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik.

“Jangan pandang rendah kepada mereka kerana 60 peratus pelancong yang datang ke negeri ini adalah pelancong domestik selain daripada luar negara.

“Sepanjang tahun mensajikan hidangan baik untuk pelancong domestik ini.

“Mereka gembira ke sini kerana senario di Melaka tiada di tempat lain,” katanya.

Muhammad Jailani berkata, antara segmen yang menjadi tarikan kepada pelancong domestik ke Melaka berpunca dari sektor kulinari yang mempunyai kepelbagaian makanan dan dapat memenuhi citarasa pelbagai kaum.

“Apabila di Jalan Jonker, sebut sahaja masakan Cina, India atau nasi ayam semua ada dan mereka sendiri mengakui kehadiran mereka ke Melaka disebabkan makanan.

“Jadi kebergantungan kita bukan sahaja kepada kedatangan pelancong daripada China, malah domestik sendiri yang menyumbang kepada industri pelancongan,” katanya.

Nur Saliawati Salberi

Leave a Comment
Share
Published by
Nur Saliawati Salberi

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago