SEDIA KAJI PEMBINAAN BANDAR BAHARU DUN AYER LIMAU

SEDIA KAJI PEMBINAAN BANDAR BAHARU DUN AYER LIMAU

Semoga segalanya berjalan lancar…

 

Kerajaan negeri bersedia meneliti kawasan-kawasan berpotensi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau untuk dibangunkan sebagai bandar baharu.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, perkara itu wajar memandangkan beberapa kawasan seperti Kuala Linggi dan Telok Gong sedang pesat membangun.

Menurutnya, kawasan Ayer Limau juga berhampiran denagn kawasan-kawasan yang sedang membangun iaitu Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi  (KLIP) dan tapak loji janakuasa gabungan kitaran turbin gas terbesar Malaysia iaitu Edra Power di Teluk Gong.

Disebabkan itu katanya, Ayer Limau memerlukan satu bentuk pembangunan penempatan termasuk sokongan agensi-agensi kerajaan negeri seperti polis dan bomba.

Pada masa sama, Adly turut mencadangkan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) untuk membuka ‘ request for porposal’ bagi menggalakkan mana-mana syarikat swasta yang berminat untuk membangunkan kawasan itu.

Selain itu, pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelerasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) juga boleh terlibat sama untuk projek pembangunan tersebut sebelum dinilai oleh UPEN.

CATEGORIES