AYER KEROH 29 Ogos – Kerajaan negeri sedia mendengar sebarang pandangan dan cadangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, menerusi sesi town hall bersama pelajar IPT, pelbagai idea menarik disampaikan mereka.

Menurutnya, tidak rugi jika kerajaan negeri menerima dan melaksanakan perkongsian mereka.

“Pelajar IPT yang juga generasi masa kini adalah aset yang perlu dimanfaatkan sebaiknya.

“Apa saja pandangan mereka mempunyai potensi untuk dibangunkan boleh dijadikan sebagai salah satu produk negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program itu di Seri Bendahara di sini, malam tadi.

Ujar Adly, penganjuran tersebut turut mendekatkan lagi kerajaan negeri bersama golongan mahasiswa.

“Komunikasi menggunakan media sosial tidak mencukupi sebaliknya perlu ada sesi dialog dan komunikasi dua hala seperti ini.

“Ini kali pertama kita laksanakannya dan saya harap agensi kerajaan khususnya Institut Tun Perak dapat melipatgandakan program seumpama ini,” katanya.

Jelasnya, kerajaan negeri juga sentiasa memberikan kerjasama dan keutamaan kepada golongan terbabit.

“Mereka perlu dibentuk dari awal kerana pelajar-pelajar inilah yang menentukan kejayaan masa depan negara.

“Jika mereka berjaya dari segi pemikiran, nilai dan budaya, sudah pasti kita dapat membina landasan betul pada masa akan datang,” katanya.

Dalam perkembangan lain, kerajaan negeri mewujudkan agensi belia dipengerusikan Exco Komunikasi, Multimedia, NGO, Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Kerk Chee Yee.

“Ada pelajar yang nyatakan pandangan supaya kita menubuhkan pusat belia (youth centre) dan kita terima pandangan itu untuk terapkan dalam agensi belia ini.

“Menerusi agensi tersebut, sama ada pelajar mahupun belia boleh mengutarakan pendapat mereka selain mendapatkan perkhidmatan daripada kerajaan negeri,” katanya.

Berkongsi hala tuju IPT di negeri ini, kata Adly, pihaknya sedang menjalankan kerjasama dengan politeknik bagi program praktikal di desa.

“Inisiatif ini salah satu kaedah menarik penglibatan belia selain membantu menyelesaikan masalah dan memajukan kampung di negeri ini,” katanya.

Kerajaan negeri turut merangka program belia terutama meningkatkan pendidikan mereka menerusi Tabung Amanah Pendidikan Melaka (TAPEM).

“Kita mahu pelajar di negeri ini tidak hanya menamatkan pendidikan mereka di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebaliknya kepada tahap lebih tinggi iaitu persijilan,” katanya.

Sesi town hall tersebut melibatkan lebih 100 pelajar IPT di Melaka termasuk Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) dan Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM).

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Admin MelakaKini

Leave a Comment

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

11 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago