Categories: MELAKA

Saya bertindak untuk kepentingan orang Melayu – Norhizam

AYER KEROH 2 Mac – “Suka hati saya, saya terima seadanya… saya bertindak untuk kepentingan orang Melayu,”.

Itu adalah kenyataan tegas dikeluarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee ketika ditemui pada sidang media bersama pemimpin Perikatan Nasional Negeri Melaka di sini hari ini.

Beliau yang merupakan ahli DAP berkata telah melakukan tugas yang terbaik mungkin sepanjang menjawat jawatan Exco kerajaan negeri selain memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat.

“Mereka kata hendak berhemah, bermaruah, tetapi saya jadi barua.

“Saya memang ‘outspoken’ (cakap lepas), tak reti beralas-alas.

“Bila saya hati dan jiwa raga saya serahkan (kepada kepimpinan sebelum ini), ini yang berlaku. Saya kecewa, jadi saya balik ke pangkuan. Saya harap barisan kepimpinan kerajaan baru tak kecewakan rakyat,” katanya.

Ditanya mengenai kedudukannya dalam DAP selepas menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional., Norhizam berkata beliau bersedia dengan semua kemungkinan.

“Itu antara saya dengan parti. Saya bersedia dengan semua kemungkinan,” tegasnya.

Farah Suhaidah Othman

Leave a Comment
Share
Published by
Farah Suhaidah Othman

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago