Categories: NASIONAL

‘Saya belanja berjuta-juta, tetapi saya tidak tahu ia wang SRC’ – Najib

KUALA LUMPUR, 22 Jan – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengaku di Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau telah berbelanja berpuluh juta ringgit wang yang dikreditkan ke dalam akaun bank peribadinya antara 2014 dan 2015.

Bekas Perdana Menteri berusia 67 tahun itu berkata, beliau membelanjakan setiap sen dalam akaunnya itu kerana berpendapat ia dana untuk Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dimilikinya.

Bagaimanapun, Najib mengekalkan pendiriannya bahawa beliau tidak tahu wang itu adalah dana SRC International Sdn Bhd.

Ketika disoal-balas oleh Pendakwa Raya ad-hoc Datuk V. Sithambaram, ahli Parlimen Pekan itu bersetuju bahawa beliau telah membelanjakan RM27 juta yang dikreditkan ke dalam akaun pada Julai dan RM5 juta pada Sepember 2014.

Sithambaram: RM27 juta masuk dalam akaun anda pada Julai, anda berkata anda tidak tahu?

Najib: Ya, Saya tidak tahu yang ia adalah wang SRC, Saya hanya mengetahuinya agak kemudian.

Sithambaram:  Tetapi anda membelanjakan setiap sen daripadanya?

Najib: Ya

Sithambaram:  Adakah anda tahu RM5 juta masuk ke dalam akaun anda pada September?

Najib: Saya tidak tahu, masa itu

Sithambaram: Tetapi anda membelanjakan setiap sen daripadanya?

Najib: Ya

Sithambaram: Pada Disember, RM27 juta dimasukkan dalam akaun anda. Adakah anda tahu?

Najib: Pada ketika itu, saya tidak tahu.

Sithambaram: Tetapi anda membelanjakannya?

Najib: Ya, saya membelanjakannya… ia adalah dana CSR yang saya ada

Kepada soalan lain, Najib berkata beliau tidak berasa terperanjat bila Nik Faisal Ariff Kamil, bekas ketua pegawai eksekutif SRC tidak memberitahu beliau bahawa RM32 juta itu dipindahkan ke dalam akaunnya, memandangkan Nik Faisal yang menguruskan akaunnya.

Sithambaram: Jadi pemegang mandat itu boleh saja tidak memaklumkan kepada anda mengenai jumlah dana yang besar itu masuk dan keluar daripada akaun anda, dan anda tidak berpendapat ia sesuatu yang terperanjat, benar begitu?

Najib: Ya

Najib membela diri terhadap tujuh pertuduhan menyalahguna RM42 juta dana SRC International, merangkumi tiga pertuduhan pecah amanah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahguna kedudukan terhadap dana SRC.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung.- BERNAMA

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago