Categories: NASIONAL

Satu kes positif Covid-19 di anak syarikat DRB-Hicom di Pekan

KUALA LUMPUR 19 Mac – DRB-HICOM Bhd memaklumkan bahawa seorang kakitangan anak syarikatnya, DRB-HICOM Auto Solutions Sdn Bhd (DHAS) di Pekan, Pahang telah diuji positif dengan COVID-19.

“Kakitangan tersebut dijangkiti virus itu daripada suaminya, yang berada dalam kitaran hubungan pegawai atasannya di tempat kerja. Pegawai tersebut telah menghadiri program tabligh pada akhir Februari di Seri Petaling, Selangor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

DRB-HICOM berkata anak kakitangan tersebut juga telah diuji positif untuk virus itu.

Pengesanan hubungan untuk kedua-dua pesakit sedang dijalankan dan tindakan bersesuaian seperti pengasingan mandatori dan sukarela mereka yang dalam senarai akan dikuatkuasakan.

Kawasan yang memerlukan pembasmian yang berkaitan dengan perkara ini telah dikenal pasti dan disekat serta prosedur pembasmian akan dimulakan tidak lama lagi.

“Kedua-dua pesakit itu kini di bawah penjagaan kemudahan perubatan dan kami berharap kedua-dua mereka, bersama dengan ribuan pesakit COVID-19 yang lain di seluruh dunia akan pulih dengan cepat,” menurut DRB-HICOM.

Kumpulan syarikat DRB-HICOM mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari yang diumumkan oleh kerajaan. Perintah itu bermula semalam dan akan berakhir pada 31 Mac.

“Kecuali bagi operasi perniagaan yang disenaraikan, yang merupakan sebahagian daripada perkhidmatan penting seperti yang disenaraikan oleh kerajaan, semua operasi kami yang lain menggunakan protokol bekerja dari rumah,” katanya, sambil menambah teknologi komunikasi telah memudahkan peralihan yang dikuatkuasakan ini.

DRB-HICOM menggesa perniagaan lain untuk turut berbuat demikian demi kepentingan masyarakat secara keseluruhannya.

“Harapan kami ialah pandemik global ini akan berkurangan,” katanya.

— BERNAMA

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago