Sasar 168 Rumah Peduli Disember 2020 – Adly

MASJID TANAH 13 Jan. – Kerajaan negeri menyasarkan pembinaan sebanyak 168 unit Rumah Peduli menjelang Disember 2020.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, setakat ini daerah Alor Gajah, lima unit Rumah Peduli telah siap dibina sepenuhnya.

“Baki 17 unit rumah lagi yang telah mendapat kelulusan pada tahun 2019 sedang dalam proses tender serta dalam pembinaan.

“Kerajaan negeri memperkenalkan rumah peduli dengan kos pembinaan sejumlah RM32,000 untuk dua bilik dan RM37,500 untuk 3 bilik bagi isi rumah berpendapatan rendah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Peduli Daerah Alor Gajah di Kampung Jeram, di sini hari ini.

Jelasnya, sejumlah RM6 juta diperuntukkan bagi membina rumah kategori tersebut bermula 10 Jun 2019 di Kampung Lipat Kajang, Merlimau dan seterusnya ke setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Dasar Perumahan Negara 2018-2025 menggariskan lima fokus utama iaitu memastikan perumahan yang berkualiti untuk semua, menambah baik aksesibiliti dan tahap kemampuan perumahan, memastikan persekitaran kejiranan yang berkualiti dan kohesif.

“Selain menambah baik penyelarasan antara perumahan dan pengangkutan dan memperkukuh keupayaan institusi untuk pelaksanaan.

“Kerajaan negeri yakin tiada lagi permasalahan pemilikan rumah kediaman yang akan dihadapi rakyat di negeri ini menerusi pelan dan strategik dilaksanakan,” katanya.

Adly berharap bantuan Rumah Peduli itu dapat memberi nikmat kehidupan harian yang lebih selesa serta membentuk keluarga yang bahagia.

“Hasil pendapatan harian atau bulanan keluarga sebelum ini digunakan untuk menyewa rumah boleh digunakan bagi menampung hidup keluarga,” katanya lagi.

Pada majlis itu, Adly menyerahkan kunci kepada tiga keluarga iaitu Asmani Aziz (DUN Tanjung Bidara), Samsudin Abu (DUN Machap Jaya) dan Sabariah Mat Shah (DUN Gadek).

Liana binti Sahabudin

Leave a Comment
Share
Published by
Liana binti Sahabudin
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

3 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago