Categories: Ketua MenteriMELAKA

Sambutan ulangtahun kelahiran KM, 133 ahli KSK JKMM meriah

AYER KEROH 14 Feb – Ulangtahun kelahiran Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari disambut meriah dengan kehadiran kira-kira 700 ahli Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM).

Majlis sambutan yang berlangsung di Bangunan Bendahara, Seri Negeri itu bukan sekadar menyambut ulangtahun kelahiran pemimpin negeri yang jatuh pada esok, namun turut menghimpunkankan ahli KSK jabatan yang meraikan harijadi pada Januari, Februari dan Mac.

Adly yang genap berusia 49 tahun pada 15 Februari itu berkata, pertambahan usia itu diharapkan dapat menambah pengalamannya untuk terus mentadbir negeri dengan cemerlang.

“Usia semakin bertambah, kita yang manusia ini macam kereta BMW, semakin berganti tahun semakin tinggi nilai begitulah juga kita semakin ‘added value’,” katanya berseloroh.

Dalam pada itu, Pengerusi KSK JKMM, Datuk Maslina Baki berkata, penganjuran sambutan itu bukan sahaja meraikan 133 ahli yang menyambut ulang tahun pada tiga bulan pertama tahun ini sebaliknya menyambut kelahiran pemimpin negeri selain berkongsi rezeki bersama-sama warga JKMM.

“Kami semua ahli kelab mengucapkan selamat hari lahir kepada Yang Berhormat Ketua Menteri, semoga kita dapat bersama-sama mentadbir negeri ke arah yang lebih maju,” katanya ketika ditemui pada majlis berkenaan.

Pada majlis berkenaan, pelbagai juadah dihidangkan untuk tetamu, antaranya bihun goreng, lontong, putu mayam dan ubi rebus.

Pelbagai jenis kek dan hidangan pulut kuning turut disumbangkan oleh beberapa pihak hotel di negeri ini bagi berkongsi rezeki dengan tetamu yang hadir.

Farah Suhaidah Othman

Leave a Comment
Share
Published by
Farah Suhaidah Othman
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

4 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

4 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

4 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

4 months ago