SAMB tuan rumah Persidangan dan Mesyuarat MYWINHR Ke-10

BANDA HILIR 6 Nov. – Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) menjadi tuan rumah Persidangan dan Mesyuarat Kumpulan Sumber Manusia SeMalaysia (MYWINHR) Ke-10 yang bermula di Hotel Hatten di sini hari ini.

Persidangan dua hari tersebut dirasmikan Timbalan Pengerusi SAMB, Datuk Halim Bachik dan dihadiri ketua-ketua jabatan dan pengurus sumber manusia syarikat pengurusan air dari 13 buah negeri kecuali Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Turut hadir, Pengerusi Tetap MYWINHR, Mohd Zulkifli Abdul Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif SAMB, Datuk Mohd Khalid Nasir.

Mohd Zulkifli berkata, antara objektif penganjuran persidangan tersebut adalah untuk mewujudkan jalinan hubungan lebih erat dalam kalangan peserta selain menyediakan satu wadah bagi perkongsian dan pertukaran pendapat sesama mereka.

“Penganjuran MYWINHR 2019 juga untuk membincangkan mengenai isu-isu terkini yang berkaitan pengurusan sumber manusia untuk mencapai solusi terbaik dalam industri pembekalan air di Malaysia,” katanya dalam ucapan aluannya.

Mohd Zulkifli berkata wakil dari Malaysian Employers Federation (MEF), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Malaysia Water Institute (MWI) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) juga akan menyampaikan ceramah berhubung topik-topik berkaitan pada persidangan tersebut.

Beliau berkata, MYWINHR yang dahulunya dikenali Kumpulan Sumber Manusia Industri Bekalan Air SeMalaysia (KUSMIAM) ditubuhkan pada 2002 dengan hanya empat ahli.

“Nama KUSMIAM ditukar kepada MYWINHR pada 1 November tahun lalu dan kini mempunyai 80 ahli daripada syarikat-syarikat berkaitan pengurusan air di seluruh negara,” katanya.

Pada majlis itu, Halim turut melancarkan logo MYWINHR yang dicipta seorang kakitangan sebuah syarikat pengurusan air dari Selangor.

Roshidi Abu Samah

Leave a Comment
Share
Published by
Roshidi Abu Samah

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

4 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

6 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

6 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

6 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

6 months ago