SAMB giat kerja sedia laluan pemindahan air lombong

SAMB giat kerja sedia laluan pemindahan air lombong

#samasamaberdoa

AYER KEROH 20 Sept – Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) kini sedang giat aktif melakukan kerja memindahkan air lombong sekitar negeri ini agar ia dapat disalurkan ke Sungai Melaka.

SAMB menerusi kenyataan di hantaran Facebook rasmi milik mereka https://www.facebook.com/SYARIKATAIRMELAKABERHAD/ menjelaskan pemindahan air dari setiap lombong tersebut dilakukan bagi menstabilkan paras air Sungai Melaka.

“Seperti yang para pengguna sedia maklum bahawa negeri Melaka sedang mengalami purata hujan yang rendah dan mengakibatkan paras air di kawasan empangan, kolam tadahan serta Sungai Melaka berada dalam keadaan yang tidak memuaskan.

“Oleh yang demikian, pelbagai usaha dan langkah telah diambil oleh pihak syarikat (SAMB) seperti memindahkan air-air lombong ke Sungai Melaka. Antaranya dari lombong Kesang ,Tasik Ayer Keroh, Tebat banjir JPS, Bunded 2 , kolam UTEM dan Lombong Menggong bagi menstabilkan paras air sungai Melaka,” jelas kenyataan rasmi itu.

Semalam (19 September) kerja-kerja menyediakan laluan untuk pemindahan air lombong Menggong sedang di peringkat akhir dan dalam proses untuk membuat laluan di lombong tersebut pada kedalaman 20 kaki.

 

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS