SAMB FC nekad sambar 2 import serangan, pertahanan

SYARIKAT Air Melaka Berhad (SAMB) FC nekad memburu khidmat jentera import di bahagian serangan dan pertahanan musim depan.

Pengurus pasukannya, Fairullizam Ishak berkata, SAMB FC yang bersaing menggunakan tenaga anak tempatan musim ini terpaksa bergelut meraih mata ketika bertemu dengan pasukan yang memiliki pemain import.

SAMB FC yang kini berada di kedudukan kelapan dengan 32 mata selepas 25 perlawanan, merekodkan lima kekalahan, empat darinya tewas kepada pasukan yang mempunyai khidmat import, diikuti sembilan kemenangan dan 11 seri.

“Kita boleh daftarkan dua orang pemain import secara maksimum dan tumpuan akan diberikan terhadap bahagian serangan dan pertahanan.

“Kerana SAMB FC amat memerlukan kelebihan dari fizikal di kedua bahagian, memang tiada masalah dengan kekuatan jentera tempatan di dua barisan itu, cuma dengan manfaat pemain import nanti, peluang kita lebih cerah diikuti bonus psikologi terhadap pemain.

“Memang itu tumpuannya musim depan, jika bajet tidak hanya cukup untuk pemain import, mungkin kita akan mematikan hasrat itu,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini Fairullizam memaklumkan pihaknya sedia mendapatkan khidmat awang import musim depan, selepas melihat ia mampu memberikan kelebihan kepada Pahlawan Biru, musim depan.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago