SAMB FC mungkin tarik diri dari Liga M3 2020 ekoran masalah tajaan

SYARIKAT Air Melaka Berhad (SAMB FC) berkemungkinan tidak meneruskan perjuangan dalam saingan Liga M3 2020, selepas berdepan dengan masalah tajaan.

Perkara itu disahkan Timbalan Presidennya, Mohd Othman Abu Mansor ketika dihubungi MelakaKini sebentar tadi

Jelasnya, ketika ini pihak pengurusan SAMB FC belum membuat apa-apa keputusan mengenai situasi itu dan berharap para penyokong pasukan Pahlawan Biru menunggu kenyataan rasmi yang akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

“Kita belum buat keputusan untuk tarik diri atau sertai saingan Liga M3 2020, mungkin dalam masa terdekat dalam minggu ini untuk buat keputusan.

“Kerana SAMB FC berada dalam kekangan kewangan, jika ada penyumbang, kita akan sertai memandangkan kita memerlukan anggaran peruntukkan sebanyak RM800,000 hingga RM1 juta untuk bersaing.

“Penjelasan telah dibuat diperingkat pengurusan, cuma pemain dan jurulatih belum dimaklumkan tentang perkara ini,” katanya ketika ditemui.

Berhubung perkara itu, Setiausaha SAMB FC, Darmawan Samsudin ketika dihubungi berkata, pihaknya telah didatangani beberapa penaja sebentar tadi.

Bagaimanapun kata, perkara itu masih dirunding dan tiada kata putus yang belum dimeterai.

“Ada seseorang (penaja) datang ke Wisma SAMB pagi tadi, jika mereka bersetuju untuk menaja, pasukan mungkin akan dijenamakan semula dan akan meneruskan saingan dalam Liga M3 musim ini.

“Surat penarikan diri telah dihantar dengan persetujuan Mohd Othman, namun selepas didatangani penaja, saya dimaklumkan untuk membuat pengesahan penyertaan semula.

“Harapnya kita tidak dibubarkan, kerana banyak kerja yang perlu dilakukan untuk menyertai saingan ini kembali,” katanya

SAMB tidak menyertai saingan Liga FAM (kini dikenali sebagai Liga M3) pada 2018 akibat masalah sama, sebelum memasukinya semula pada 2019 dan menamatkan kedudukan di tangga kesembilan dari 14 pasukan keseluruhan.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago