Categories: MELAKA

Saluran maklumat awal bantu penduduk simpan bekalan air secukupnya

AYER KEROH 29 Jan – Exco Komunikasi, Multimedia, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Belia dan Sukan, Kerk Chee Yee menyifatkan saluran maklumat awal memainkan peranan penting dalam memastikan rakyat di negeri ini lebih bersedia untuk menyimpan bekalan air secukupnya.

Katanya, kerajaan negeri menerusi agensi-agensi terlibat menyalurkan maklumat awal secara proaktif dengan pemberitahuan info serta jadual dan lokasi Pusat Agihan Setempat (OSC) secara berkesan.

“Penyaluran maklumat awal secara proaktif kepada rakyat dilihat membantu penduduk di kawasan terjejas untuk lebih bersedia, info yang diberikan termasuk jadual dan lokasi OSC membolehkan pengguna menyimpan bekalan air secukupnya.

“Kita juga telah beri notis awal kepada penduduk di kawasan terlibat supaya mereka lebih bersedia kerana sebelum ini pernah berlaku terputus bekalan air secara tiba-tiba yang memberi kesan kepada pengguna,” katanya.

Beliau berkata selain hebahan melalui media, langkah pemberitahuan menerusi program ‘Info on Wheels’ yang dilaksanakan kerajaan negeri menerusi Jabatan Penerangan baru-baru ini juga membantu memberi penerangan dan maklumat terkini tentang jadual dan lokasi OSC .

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

7 days ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

3 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

3 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

3 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

3 months ago