Sakato Ex Belia Melaka optimis juarai Liga M3

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

PASUKAN Sakato Ex Belia Melaka berazam untuk mempamerkan aksi mantap dalam persaingan Liga M3 Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang dijadual bermula Mac ini.

Pengurus pasukan Sakato Ex Belia Melaka, Razli Affandy berkata, keazaman itu disuarakan oleh barisan pengurusan dan pemain pasukan itu yang dibarisi 80 peratus bekas pemain yang pernah beraksi di Piala Presiden dan Piala Belia Melaka United (MU).

Dengan barisan pengurusan dan pemain yang berpengalaman, beliau optimis pasukan berkenaan mempunyai kekuatan sekali gus mampu bersaing bersama beberapa pasukan lain yang akan turut beraksi dalam Liga M3.

“Fokus utama buat masa ini adalah muncul juara Liga Divisyen Tiga Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) 2020 dibawah kendalian jurulatih Firdaus Abu dan Farhan Abd Latif.

“Dengan senarai 25 pemain termasuk beberapa bekas pemain SAMB FC yang bersaing di Liga M3 dan bekas pemain KL SPA serta DRB Hicom, saya yakin dan optimis pasukan ini akan menampilkan persembahan yang diharapkan untuk menepati semua sasaran berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada MelakaKini selepas majlis Hi Tea bersama penaja Sakato Enterprise serta pengurusan dan pemain Ex Belia Melaka di Bandar Hilir baru-baru ini.

Pada program itu, pasukan Sakato Ex Belia Melaka turut memperkenalkan jersi pasukan itu dan semua pemain turut menandatangani Akujanji sambil disaksikan Razli dan ahli jawatankuasa pasukan Sakato Ex Belia Melaka.

Biarpun pasukan itu merupakan kelab baharu dalam kancah Liga M3, ia ujarnya bukan halangan untuk mereka mencipta nama sebagaimana kelab terkemuka negara seperti Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Justeru, kami memperuntukkan RM30,000 bagi perbelanjaan mengurus musim ini dengan harapan kami mampu membentuk barisan pelapis buat skuad Melaka malah negara,” katanya.

Razli berkata, beberapa bekas pemain negara dan Melaka turut menjadi penasihat kepada skuad berkenaan seperti Mazlan Wahid, Halim Jantan, Azizan Baba, Asri Ninggal, Fauzi Kassim dan Rahim Bakar yang banyak membantu memberikan nasihat dan tunjuk ajar dalam memacu kejayaan skuad berkenaan.

Yusri Sahat

Leave a Comment
Share
Published by
Yusri Sahat

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

4 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

4 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

4 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

4 months ago