Categories: Ketua MenteriMELAKA

RUU Enakmen Industri Berasas Kayu 1986 lulus

AYER KEROH 16 Julai – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini meluluskan pindaan Rang Udang-undang (RUU) Enakmen Industri Berasas Kayu 1986 pindaan 2019 antara lain bagi memperkemaskan aspek perundangan Industri Berasas Kayu (IBK) di negeri ini.

Ketua Menteri , Adly Zahari membacakan usul pindaan semalam dan disokong sebulat suara semua ahli Dewan yang hadir, termasuk pembangkang kecuali Datuk Roslan Ahmad (BN-Merlimau) yang tidak hadir pada hari ini.

Hasil undian terbabit, Speaker DUN, Datuk Wira Omar Jaafar mengumumkan RUU berkenaan diterima dengan 27 undian.

Adly (PH-Bukit Katil) ketika membentangkan usul itu berkata, RUU tersebut telah ditambah baik bagi menangani isu berbangkit daripada penubuhan dan pengendalian industri berasas kayu di Melaka.

Menurutnya, Enakmen berkenaan sebelum ini dikenali sebagai Enakmen Industri Berasas Kayu 1986 [Enakmen No.1 tahun 1986] (Enakmen ibu) dan dinamakan semula dengan Enakmen Industri Berasas Kayu (Pindaan) 2019.

Jelasnya, peruntukan itu bertepatan dengan tujuh negeri lain yang sudah bersetuju dan menguatkuasakan pindaan Enakmen Industri Berasas Kayu 1986 di Semenanjung Malaysia.

“Antara isu yang dikenal pasti termasuk kewujudan kilang industri berasas kayu yang beroperasi tanpa lesen dan hukuman yang diperuntukan di bawah Enakmen ibu adalah rendah.

“Peruntukan sedia ada dalam enakmen lama tidak mengandungi peruntukan untuk mengkompaun bagi kesalahan kecil yang dilihat merugikan kerajaan negeri dari segi hasil selain penyelesaian kes kesalahan industri berasaskan kayu di mahkamah mengambil masa yang lama untuk diselesaikan,” katanya

Beliu berkata demikian dalam Persidangan Kedua, Penggal Kedua DUN yang ke-14 di Seri Negeri, di sini hari ini.

Adly berkata, RUU itu memperuntukkan penalti dan hukuman yang lebih berat kepada pesalah selain memperluaskan pembayaran deposit dan tambahan deposit dalam mewujudkan peruntukan baharu bagi pengkompaunan kesalahan.

Katanya, industri berasas kayu juga sudah menyumbang kepada kerajaan negeri melalui kutipan hasil bayaran cukai sebanyak RM125,280.00 dalam tempoh empat empat tahun dari 2015 hingga 2018.

“Secara purata, ia menyumbang kepada hasil kerajaan negeri sebanyak RM31,320.00 setiap tahun dan dua peratus dari jumlah itu hasil daripada sektor perhutanan bagi tempoh empat tahun iaitu RM6.21 juta dalam tempoh yang sama,” katanya.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Admin MelakaKini

Leave a Comment

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

4 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

4 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

4 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

4 months ago