Categories: KebajikanMELAKA

Rusnah akan terus perjuang isu rumah di Parlimen

TANGGA BATU 9 Jan. – Isu baik pulih rumah masyarakat kampung yang kurang berkemampuan menjadi antara agenda utama yang akan terus dibawa Ahli Parlimen Tangga Batu, Dr. Rusnah Aluai.

Rusnah berkata, tahun lalu, beliau meluluskan banyak rumah untuk dibaik pulih di kawasan Tangga Batu, namun malangnya, sebanyak 30 rumah tidak diluluskan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.

Menurutnya, alasan yang diberikan unit berkenaan berhubung penolakan permohonan tersebut adalah tidak masuk akal hingga membuatkan beliau terpanggil untuk terus memperjuangkan isu itu di Parlimen.

“Saya telah meluluskan banyak rumah orang kampung yang bocor, bumbung rosak, dimakan anai-anai dan lain-lain untuk dibaik pulih. Tapi saya hairan, kenapa 30 daripada permohonan itu tidak diluluskan?

“Jawapan yang saya terima mengatakan (pemilik rumah) tiada e-Kasih. Kalau nak bantuan mesti ada e-Kasih dan kalau tiada, tidak dikira miskin tegar. Jadi, saya tak faham bagaimana untuk menilai sama ada (miskin) tegar atau tidak melalui e-Kasih.

“Lagipun, kena faham, ada sebahagian penduduk kampung ini sudah mendaftar e-Kasih agak lama, tapi sehingga hujung tahun pun belum lulus lagi. Kasihanlah sebab ada antara mereka cuma warga emas yang terpaksa tinggal di rumah yang agak uzur. Takkanlah saya mahu biarkan sahaja? Jadi, isu-isu seperti ini saya akan terus fight di Parlimen,” katanya.

Rusnah berkata, sepanjang 2019, pihaknya mengemukakan pelbagai isu di Parlimen dan ada antaranya mendapat penyelesaian seperti isu kesesakan Klinik Kesihatan Bukit Rambai dan hakisan di Pantai Puteri.

Jelasnya, untuk 2020, beliau akan membawakan satu lagi tema baharu iaitu ‘Tangga Batu Bersih, Sejahtera dan Berbahagia’.

“Daripada tema ini saya akan terus memperjuangkan hak dan masalah rakyat terutama membabitkan isu keciciran murid dan perpaduan,” katanya

Mohamad Fazrul Abdul Majid

Leave a Comment
Share
Published by
Mohamad Fazrul Abdul Majid

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago