Rumah kotak pertama di Pantai Klebang?

Rumah kotak pertama di Pantai Klebang?

Artikel dan gambar oleh :
YATIE SAHLAN
Pengurus Perhubungan Awam
Tourism Melaka

KONTENA terpakai dan buruk yang berlambak di pelabuhan sering dipandang sepi oleh masyarakat di dunia namun kini menjadi sesuatu yang berharga terutamanya di Malaysia. Jika dahulu, kabin dan kontena hanya dijadikan ruang pejabat on-site, kini senario sudah mulai bertukar bila mana ianya telah menjadi in-trend kebanyakan rakyat Malaysia menjadikan barang terpakai ini sebagai punca pendapatan mereka seperti rumah penginapan, salun , kafe dan sebagainya.

Kebanyakan kabin mahupun kontena terpakai berusia lebih dari 10 tahun dan tidak lagi dibenarkan di atas kapal untuk mengangkut barang namun masih dalam kondisi baik. Bergantung kepada spesifikasi kontena, ianya kini mula mendapat sambutan para usahawan yang ingin membeli dan mengubahsuai menjadi property yang diinginkan dengan harga serendah RM3,500.

Melihat peluang yang ada, Rain Rahman, seorang usahawan muda turut mengambil peluang yang ada dengan menggunakan konsep kontena. Mula dibina sejak 2 tahun yang lau, pemilik Rumah Kotak Pantai Klebang ini mengabadikan memori zaman kanak-kanak beliau dengan membina 4 unit kontena di atas sebidang tanah yang dibeli 7 tahun yang lalu di Taman Muhibbah, Klebang.

Merupakan anak jati Pantai Klebang, beliau yang merupakan seorang drilling engineer di syarikat Conocophillips sanggup meninggalkan kerjaya besar tersebut sejak setahun setengah yang lalu demi menumpukan sepenuh perhatian kepada minat yang satu ini.

Diibaratkan hidden gem Melaka, Rumah Kotak Pantai Klebang terletak di tengah-tengah kawasan taman perumahan dan tiada siapa menyangka adanya sebuah penginapan ringkas dan selesa di kawasan tersebut.

Suasana yang agak privacy dan jauh dari kesibukan kota membuatkan penginapan ini menjadi tumpuan para pelancong yang datang dari pelbagai pelosok negeri di Malaysia dan juga pelancong dari luar negara. Berbeza dari AirBnB yang lain, keunikan konsep kontena dengan fasiliti yang setanding dengan hotel biasa menjanjikan kelainan kepada para tetamunya.

Sebanyak 4 unit bilik disediakan iaitu 2 unit bilik family(Pool Suite & Deck Suite) dan 2 unit bilik studio (Box Studio & Garden Studio) dengan setiap satunya mempunyai tandas, balkoni dan indoor living room. Setiap bilik dilengkapi dengan fasiliti yang menjanjikan keselesaan kepada para tetamunya seperti katil queen, sofa bed, penghawa dingin, televisyen dan toilet amenities. Selain itu, tetamu boleh menggunakan outdoor living roomuntuk berehat mahupun mengadakan pelbagai aktiviti bersama rakan-rakan dan keluarga.

Sering dijadikan venue untuk hari keluarga, Rumah Kotak Pantai Klebang boleh disewa secara keseluruhan dengan kos serendah RM1,200 dan boleh memuatkan sehingga 20 orang bagi keempat-empat biliknya. Selain fasiliti asas, para tetamu juga disediakan sarapan pagi sendiri (self service) mengikut masa sendiri tanpa perlu mengejar masa sarapan pagi seperti menginap di hotel. Pemilik turut menyediakan kolam renang, BBQ pit, dapur terbuka untuk self service breakfast, decking dan juga cafe di dalam kawasan penginapan.

Reka bentuk dan rekaan hiasan persekitaran di sini amatlah ‘insta-worthy’ dan secara tidak sengaja Rumah Kotak Pantai Klebang menjadi popular kerana kesudian tetamu mereka yang sering berkongsi momen indah mereka di sini.

Sebuah kafe yang dinamakan Rain & Co. Cafe turut dibuka sejak tiga bulan yang lalu di dalam kawasan penginapan ini bagi memberi kemudahan kepada para tetamunya untuk mendapatkan makanan sambil berehat dalam suasana santai dan lepak bersama sahabat dan keluarga.

Berkonsepkan ‘family dining’, suasana ruang makan dan ruang lepak dihias ringkas namun memberikan suasana yang berlainan dari restoran atau kafe hipster yang lain. Dilengkapi dengan set televisyen, radio, perabot dan barangan terpakai bagi kemudahan para tetamu di sini.

Melihatkan sambutan dan permintaan dari orang awam, pemilik mula membuka kawasan penginapan dan kafe ini kepada orang ramai yang ingin bersantai di sini untuk menikmati makanan yang disediakan pada setiap hari kecuali Isnin mulai jam 12 tengah hari hingga 7 malam.

Bekerjasama dengan sebuah jenama kek yang terkenal pada masa kini, Kula Cakes by Lila Wadi, Rain & Co Cafe mendapatkan bekalan kek ini terus daripada bakeri mereka di Kuantan. Kula Cakes yang menawarkan pelbagai jenis kek seperti Mango Cheesecake, Burnt Cheesecake, Red Velvet dan sebagainya sangat diminati ramai sehinggakan ramai yang sanggup memandu hingga ke Kuantan dan beratur panjang semata-mata untuk menikmati sepotong keknya.

Selain dari Kula Cakes, Rain & Co Cafe turut mendapatkan bekalan kek dari bakeri Soukabakes yang terkenal dengan Choc Muddy Cakes dan bakeri Oven Nana yang terkenal dengan Redvelvet Cheezy Brownies. Kafe ini turut menawarkan hidangan lain seperti Nasi Lemak Buluh bersama Ayam Berempah, Banana Pancake, Ubi Rebus, Keropok Lekor dan pelbagai jenis minuman sejuk dan panas termasuk smoothies.

Dengan harga yang berpatutan dan dalam kuantiti yang agak besar, rata-rata pengunjung disini sangat berpuashati dengan kualiti makanan disini dan sering menjadikan Rain & Co Cafe sebagai lokasi mereka berehat dan berbincang bersama rakan-rakan mahupon bersama keluarga.

Bagi anda yang ingin berehat bersama keluarga pada cuti Hari Kebangsaan pada tahun ini dan inginkan suasana yang agak santai, apa kata cuba menginap di Rumah Kotak Pantai Klebang sekali gus menikmati pelbagai hidangan di Rain & Co Cafe.

Kalau petang-petang bolehlah berbasikal di sekitar kawasan ini di mana kawasan sawah pagi juga berhampiran. 5 minit dari kawasan pantai, pelbagai restoran dan tempat makan berhampiran, hanya beberapa ratus meter ke Klebang Coconut Shake dan kuih keria Limbongan yang terkenal dan 15 minit memandu ke Banda Hilir Melaka, Rumah Kotak Pantai Klebang pastinya pilihan terbaik buat anda dan keluarga. Jangan lupa kongsikan pengalaman dan momen indah anda semasa menginap di sana di laman instagram kami kerana kitakan #fabulousmelaka!

Rumah Kotak Pantai Klebang
Lot 18423, Jalan Muhibbah 5,
Taman Muhibbah, Klebang Besar,
75250, Melaka

Hubungi : Rain Rahman

No. Telefon : 019-652 9122

 

 

CATEGORIES
TAGS