Rukun Negara, tahukah anda?

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

  • Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Sesungguhnya dengan nama Tuhanlah, Bangsa dan Negara ini diwujudkan sebagai sebuah Bangsa dan Negara yang berdaulat.
  • Islam adalah agama rasmi Persekutuan. Agama-agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang.

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

  • Malaysia adalah sebuah Negara yang mengamalkan pemerintahan beraja yang berpelembagaan dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Negara yang Berdaulat.
  • Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai seorang Raja di bawah Perlembagaan, maka demikianlah juga sistem beraja akan berlangsung dengan Baginda Raja-Raja sebagai ketua negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja dan gabenor-gabenor merupakan lambang perpaduan oleh itu, Baginda berada di luar politik. Kesetiaan yang dikehendaki daripada setiap warganegara adalah menumpukan sepenuh taat setia yang bener-benar jujur.
  • Selain itu mereka yang menjadi rakyat Raja-Raja hendaklah juga menumpukan taat setia setia kepada Raja masing-masing tetapi dengan tidak mengurangkan taat setia mereka kepada Yang di-Pertuan Agong dan Persekutuan.
    Kesetiaan ialah jiwa bangsa kita. Kesetiaan dari hati sanubari kepada Raja dan tanah air inilah yang menyatukan kita semua daripada pelbagai kaum menjadi satu Bangsa yang bersatupadu. Kesetiaan kepada negara-negara lain adalah bertentangan dengan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada Negara ini.

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

  • Kewarganegaraan memberi seseorang itu taraf keanggotaan sebuah negara. Perlembagaan memberi kepada seseorang warganegara hak-hak dan keistimewaan tertentu; Perlembagaan juga meletakkan padanya tanggungjawab dan kewajipan-kewajipan tertentu terhadap Bangsa dan Negara. Setiap warganegara wajib menghormati dan menghargai kandungan, maksud dan latar sejarah Perlembagaan.
  • Latar sejarah inilah yang telah menyebabkan termaktubnya beberapa fasal dalam Perlembagaan seperti yang berkaitan dengan kedudukan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja, kedudukan Agama Islam sebagai agama rasmi, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan kaum-kaum asal yang lain, hak-hak yang adil bagi kaum-kaum lain dan soal pemberian taraf kewarganegaraan.
  • Tanggungjawab mulia dan suci seseorang warganegara ialah mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan.

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

  • Keadilan diasaskan atas kedaulatan undan-undang. Setiap rakyat tarafnya sama di sisi undang-undang. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara. Kebebasan ini termasuklah kebebasan seseorang, perlindungan sama di sisi undang-undang, kebebasan beragam, kebebasan memiliki harta benda dan perlindungan daripada dibuang negeri. Perlembagaan memberi kepada seseorang rakyat hak mengeluarkan fikiran, hak berhimpun dan hak menubuhkan persatuan.
  • Hak-hak ini boleh digunakan dengan bebas asalkan tidak melanggar sekatan-sekatan yang dikenakan oleh undang-undang. Hak-hak dan kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan Kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.
  • Kedaulatan undang-undang terjamin denga adanya sebuah badan kehakiman yang bebas serta mempunyai kuasa bagi memutuskan sama ada sesuatu perbuatan pemerintah itu sah atau tidak dari segi Perlembagaan undang-undang.

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

  • Setiap orang dan setiap golongan hendaklah menguruskan hal masing-masing dengan cara yang tidak melanggar tatasusila.
    Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau yang menyinggung perasaan sesuatu golongan. Seseorang warganegara tidak boleh menyoal kesetiaan seorang warganegara yang lain dengan alasan bahawa ianya berasal dari keturunan tertentu. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan awam kita.

SUMBER https://www.perpaduan.gov.my/ms/kenegaraan/kelab-rukun-negara

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

12 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago