Roti John ‘drive-thru’ cipta kelainan

Roti John ‘drive-thru’ cipta kelainan

Wow. Tauke Roti John ni kreatif. Ada terfikir buat camni tak?

MASJID TANAH 22 Mei – Kira-kira 100 Roti John diagihkan sebagai satu perkongsian nikmat yang diraikan sempena Ramadan ini.

Program Agihan Roti John anjuran Jiran Muda Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Ramuan China Besar menerima sambutan penduduk yang hadir bagi mendapatkan juadah percuma tersebut berkonsepkan ‘drive-thru’ (pandu lalu).

Pengerusi persatuan itu, Khairul Anwar Mansol berkata, penganjuran program itu merupakan kelainan yang diciptakan pada tahun ini bagi bersama meraikan ibadah puasa di kawasan tersebut.

Menurutnya, kebiasaannya program yang dianjurkan sering mengagihkan bubur lambuk sempena Ramadan namun pihaknya mengambil inisiatif lain bagi mencipta kelainan tersebut.

“Pada penganjuran kali ini kami telah menyediakan 100 roti john yang dimasak ditepi jalan dan diagihkan secara ‘drive-thru’kepada penduduk yang lalu ke kawasan ini

“Program seperti ini mampu merakyatkan penduduk kampung ini malah ianya mampu menyatu-padukan masyarakat tanpa mengira fahaman politik.

“Anjuran program ini tidaklah sebesar mana namun keikhlasan dan keberkatan sempena bulan mulia ini mampu mengongsikan segala nikmat yang diberikan,” katanya ketika ditemui Melakakini, baru-baru ini.

CATEGORIES
TAGS