Categories: MELAKA

Rokok pada jarak 3 meter, ini pandangan netizen

AYER KEROH 2 Jan. – Sekitar kawasan kedai makan kini dijadikan sebagai kawasan larangan merokok yang diwartakan awal tahun ini mendapat perhatian umum.

Menerusi pewartaan tersebut, seluruh kedai makan di negara ini dijadikan kawasan larangan merokok dan perokok perlu mengambil jarak antara tiga meter bagi melepaskan ‘hajatnya’.

Tinjauan MelakaKini mendapati, hampir seluruh kedai makan di negeri ini tidak lagi diganggu pencemaran asap rokok, malah rata-rata perokok mematuhi peraturan ditetapkan dengan merokok pada jarak jauh dari lokasi kedai makan tersebut.

PUTERA Haziq

Seorang perokok, Putera Haziq Hisham, 26, berkata, pewartaan itu mendatangkan pelbagai kesan positif kepada rakyat, namun ia kadang kala melecehkan seorang perokok.

Katanya, perokok perlu merokok pada jarak tiga meter, namun sekiranya asap tersebut dibawa angin ke arah orang lain, mereka tetap dicemari oleh asap tersebut.

Ujarnya, kerajaan perlu merencana tindakan baharu dengan meletakkan tempat khas diasingkan buat perokok kerana mereka turut punyai hak ke atas fasiliti disediakan di kedai makan sebagai pelanggan.

Katanya, kompaun tersebut tidak bersesuaian kerana ia adalah kesalahan kecil iaitu merokok, malah bukan melibatkan jenayah lain.

“Bagi seorang perokok ia agak melecehkan dan kadang kala akan mendatangkan beberapa faktor lain jika kedai makan itu terletak berhampiran tepi jalan,” katanya.

ADAM

Seorang pelanggan, Adam Mahamat, 25, berkata, inisiatif diambil kerajaan amat wajar, malah ia seharusnya dilaksanakan sejak dahulu lagi.

Jelasnya, orang yang dicemari asap rokok yang dikenali sebagai perokok sekunder turut akan menghadapi masalah kesihatan sekiranya dikelilingi oleh perokok.

Menurutnya, jarak tiga meter disarankan itu amat wajar bagi orang ramai, namun ia kadang kala membawa kepada diskriminasi sosial oleh seorang perokok.

Adam selaku bekas perokok tegar berkata, tindakan kerajaan itu harus disokong, sekali gus memastikan persekitaran yang bersih dan tidak tercemar, malah mendatangkan kesihatan yang baik.

“Dengan adanya seruan kawasan larangan merokok ini, ia turut akan meningkatkan pelancongan Melaka agar lebih unggul dan Malaysia akan membawa nama ke persada sebagai negara yang menekankan faktor kesihatan rakyat.

“Denda dikenakan memang wajar, malah akan memberi pengajaran kepada individu yang melanggar peraturan ini,” katanya.

ATHIRAH

Pada masa sama, seorang wanita bukan perokok, Sharifah Nur Athirah Long Aminuddin, 26, berkata, tindakan tersebut disokong sepenuhnya kerana ia mendatangkan kesan positif kepada rakyat.

Katanya, dilema dikelilingi asap rokok apabila datang ke kedai makan sebelum ini telah tiada, malah hidupnya akan lebih sihat dan tidak dicemari.

Ujarnya, dia turut mengambil pengajaran dari kenalannya berasal dari keluarga merokok mengamalkan sikap itu sehingga mendatangkan masalah paru-paru kepada bayi yang dilahirkan.

Jelasnya, insiden itu perlu dijadikan teladan kerana orang lain yang menerima tempiasnya akibat perbuatan tidak sihat itu.

“Saya sokong sepenuhnya arahan dikeluarkan kerajaan ini, malah setiap masyarakat perlu memainkan peranan dan mengingati sesama sendiri apabila berdepan individu yang terdedah kepada aktiviti ini.

“Buat masa ini, kita nampak ia memang janggal bagi memberikan tindakan langsung kepada perokok, jadi kita perlu menasihati mereka dengan baik dan ia akan membuka hati perokok agar merokok kepada tempat yang sepatutnya,” katanya.

Faiz Hasan

Leave a Comment
Share
Published by
Faiz Hasan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago