Roboh replika buku atas faktor keselamatan – DBP

Roboh replika buku atas faktor keselamatan – DBP

Segalanya bersebab, jangan salah faham..

KUALA LUMPUR 9 Ogos – Rentetan isu tular di dalam media sosial berkenaan perobohan replika buku di bumbung menara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), pihak DBP telah menjelaskan bahawa ianya dilakukan atas faktor keselamatan.

DBP menerusi kenyataan dikeluarkan Bahagian Komunikasi Korporat DBP malam semalam menyatakan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah melakukan pemeriksaan di Menara DBP mendapati bahawa struktur replika ini tidak kukuh disebabkan hakisan dan karatan yang teruk.

“Ini membahayakan staf dan pengunjung DBP serta orang awam secara keseluruhannya. Bagi mengelakkan musibah yang mungkin timbul, kerja-kerja perobohan ini perlu dilakukan dengan segera.

“Kerja-kerja ini sudah tentulah akan menimbulkan ketidakselesaan kepada pengunjung dan staf DBP. Untuk itu kami memohon berbanyak-banyak maaf,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, kerja-kerja perobohan replika buku tersebut telah dimulakan pada 12 Julai lalu dan dijangka siap pada 16 November ini.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS