Categories: EkonomiMELAKA

RM7 juta dalamkan Jeti Marina Melaka

MELAKA, 13 Jan – Kerajaan Persekutuan menyalurkan kira-kira RM7 juta bagi membiayai penyelenggaraan dan projek mendalamkan dasar laut di pesisir pantai jeti pelabuhan Marina Melaka yang telah beroperasi semula pada Oktober lepas.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata projek yang telah selesai itu juga bagi membolehkan jeti tersebut berperanan sebagai pusat persinggahan pelancong menerusi laluan laut khususnya kapal persiaran, sekali gus merancakkan lagi industri pelancongan Melaka.

Menurutnya, peruntukan menerusi Jabatan Laut Malaysia itu melibatkan kerja-kerja pengorekan laut sedalam empat meter di kawasan kira-kira 500 meter dari jeti tersebut yang dijalankan pada pertengahan 2019.

“Usaha naik taraf dan penyelenggaraan ini bagi membolehkan Marina Melaka dapat beroperasi semula selepas berdepan isu kedalaman perairan.

“Industri pelancongan kapal persiaran ini misalnya berpotensi besar untuk dibangunkan kerana lebih 100 kapal dari seluruh dunia melalui Selat Melaka. Malah, sejak beroperasi semula, hampir 60 kapal persiaran singgah di jeti Marina ini dengan anggaran 2,000 penumpang bagi setiap kapal,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyambut ketibaan pelancong kapal persiaran mewah di jeti Marina Melaka, Kota Laksamana di sini hari ini yang turut dihadiri Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan Melaka (BPP), Zairi Suboh.

Mengulas selanjutnya, Adly berkata Kerajaan Negeri akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan bagi projek naik taraf di kawasan jeti itu secara berperingkat selain menyusun strategi lain bagi memacu industri pelancongan Melaka.

Adly sebelum ini dilaporkan berkata bagi tempoh sembilan bulan pertama 2019, Melaka menerima kedatangan lebih 13.67 juta pelancong berbanding lebih 13.02 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

Melaka menyasarkan kehadiran 20 juta pelancong pada tahun lepas.- BERNAMA

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

3 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago