Categories: MELAKAPELANCONGAN

RM7 juta baik pulih muara Sungai Melaka

AYER KEROH 30 Mei – Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS) Melaka memperuntukkan sebanyak RM7 juta bagi membaik pulih baraj muara Sungai Melaka.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, peruntukkan disalurkan Kerajaan Persekutuan itu merupakan usaha membantu memastikan kerja membaik pulih Sungai Melaka berjalan lancar.

“Usaha baik pulih baraj Sungai Melaka ini diharap dapat mengawal paras air laut yang masuk ke Sungai Melaka.

“Kita khuatir jika ia berterusan, ia boleh menjejaskan kualiti air dan hidupan sungai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pasca mesyuarat exco di Seri Negeri di sini, hari ini.

Menurut adly, susulan itu, pertemuan dengan menteri terbabit akan diadakan oleh Exco Pelancongan, Warisan dan
Kebudayan, Muhammad Jailani Khamis bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Hasim Hasan selepas
Hari Raya Aidilfitri ini.

Yusri Sahat

Leave a Comment
Share
Published by
Yusri Sahat
Tags: pelancongan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago