Categories: Ketua MenteriMELAKA

RM3.5 juta naik taraf bulatan Malim

MALIM JAYA 25 Okt. – Kerajaan negeri memperuntukkan RM3.5 juta bagi menaik taraf bulatan Malim di sini sekali gus mengurangkan masalah kesesakan di kawasan itu.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, pihaknya telah melihat keperluan untuk membuat pembesaran jalan dari bulatan berkenaan ke simpang empat di sekitarnya.

Menurutnya, ia bagi memastikan setiap simpang di kawasan itu mempunyai jalan susur keluar.

“Ini lebih memudahkan kerana kenderaan tidak perlu berhenti untuk jangka masa panjang dan menyebabkan kesesakan lalu lintas.

“Buat masa sekarang Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam proses reka bentuk dan kita akan masukkan projek ini dalam bajet tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas lawatan kerja di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang di sini.

Hadir sama, Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Kesidang, Alex Seah Shoo Chin.

Ujar Adly, peruntukan bagi projek itu akan diusahakan selepas pengumuman Menteri Kewangan.

“Kita pastikan projek ini dimasukkan supaya ia boleh dilaksanakan secepat mungkin tahun hadapan.

“Solusinya sudah ada, reka bentuk juga sudah dibuat, hanya menunggu bajet sahaja,” katanya.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago