Categories: MELAKAPELANCONGAN

RM250,000, 3 buah kereta menanti kaki pancing di Pantai Puteri 29 Disember ini

PANTAI KUNDOR 20 Dis. – Hadiah keseluruhan RM250,000 dan tiga buah kereta menanti kaki pancing bersempena siri penutup Tourism Malaysia Surfcasting Tour 2019 di Pantai Puteri, Melaka, 29 Disember ini.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor, Juhari Osman berkata, pertandingan memancing bertaraf mega itu merupakan siri ke-10 dan penutup tahun ini setelah menjelajah hampir ke seluruh negara, dengan menyasarkan seramai 3,000 kaki pancing serata Malaysia bakal ‘berkampung’ di Pantai Puteri.

Jelasnya, juara pertandingan memancing itu nanti bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM70,000, manakala tempat kedua dan ketiga membawa pulang wang tunai RM12,000 dan RM5,000.

“Selain hadiah utama, pertandingan memancing yang bermula dari jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari ini juga menawarkan hadiah hingga tempat ke-100 dan pelbagai cabutan bertuah menarik seperti motosikal dan televisyen LCD.

“Bagi pemenang Grand Slam iaitu pemancing yang mengumpul kutipan mata tertinggi daripada 10 pusingan pula bakal membawa pulang tiga buah kereta iaitu Perodua Myvi untuk juara, Perodua Bezza untuk naib juara dan Perodua Axia untuk tempat ketiga.

“Untuk makluman, sebelum ini Pantai Puteri menjadi lokasi pembukaan Tourism Malaysia Surfcasting Tour 2019 yang berlangsung pada Mac lalu dan kali ini Pantai Puteri sekali lagi diberi mandat sebagai lokasi penutup pertandingan memancing bertaraf mega ini.

“Berkemungkinan, upacara penyampaian hadiah untuk siri penutup ini bakal dirasmikan Ketua Menteri, Adly Zahari bersama Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia,” katanya.

Jelasnya, selain pertandingan memancing, pelbagai lagi aktiviti menarik akan berlangsung bersempana pertandingan memancing tersebut.

“Terdapat juga gerai jualan makanan dan pelbagai aktiviti dirangka pada hari tersebut. Kita di pihak Japerun juga akan mengadakan program Hari Keluarga bersama staf Japerun dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

“Kita juga berharap melalui pertandingan memancing ini ia dapat memberi impak kepada sektor pelancongan negeri Melaka sebelum berakhirnya tahun 2019,” katanya lagi.

Mohamad Fazrul Abdul Majid

Leave a Comment
Share
Published by
Mohamad Fazrul Abdul Majid

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

3 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

3 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

3 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

3 months ago